Saturday, April 11, 2009

saya dengan assignment ....

hari ni dah hari Sabtu,7 hb april 2009.Erm..Seperti biasa,jam 7.30 pagi di kerusi dan buku di depan mata.
Saya amat menyukai hari sabtu kerana masih ada cuti untuk esok.Tapi,saya paling suka mendengar bunyi burung-burung berkicauan di tingkap pada waktu pagi kerana bilik saya di UTM ini menghadap pemandangan yang indah diciptakan oleh yang Maha Esa.Hambamu ini amat mengagumi ciptaanMu ya Allah.Daripada kejadian alam semesta sehingga kepada manusia.Saya sebagai perempuan,amat menghargai anugerah Allah SWT kerana telah menciptakan saya sebagai seorang perempuan.
Hari ini saya berasa "simple".Tiada kegembiraan atau kesedihan melebihi had laju.Semuanya normal.Alhamdulillah ke hadrat illahi.
Hari ini,saya berasa sangat gembira kerana saya berbual-bual dengan mama saya.mama sentiasa menggembirakan hati saya ketika saya berbual-bual dengan beliau kerana apabila dapat bercakap dengan beliau ,saya akan sentiasa tersenyum kerana mama saya seorang yang periang.Saya yang sedang penat belajar akan menjadi terus bersemangat untuk terus belajar.
Begitu juga dengan semua ahli keluarga saya.Disebabkan keluarga kami sangat periang, saya beras amat tidak sabar sekali untuk pulang menemui ayahanda dan bonda pada cuti semester 2 kali ini.Wah,tentu seronok.Rinduku kepada adik-adikku juga sudah setinggi Gunung Everest.Amalina,Aslam,Aishah dan Athirah ..kaklong amat merindui kamu..tunggu kaklong balik ye!!muah..flying kiss for you

No comments:

Post a Comment