Friday, July 31, 2009

1/8/2009

Pada hari ini
puisi di bawah ini
merungkaikan segalanya
Aku mohon padaMu ya Allah
kurniakanlah aku kesabaran ,ketabahan dan kecekalan hati
untuk aku meneruskan hidup ini

PUISIKU
Kadang kala hati terdetik
dan bertanya
adakah ujian dan dugaan datang berterusan

Tapi yang pasti
Hidup adalah suatu dugaan
Dugaan berat dan ringan

Semua itu adalah takdirNya
Tapi semua dugaan
Tidak akan ada
Sehingga tidak tertanggung oleh hambaNya

Mari kita redha dengan kehendakNya
kerana pasti semuanya
Akan ada hikmah di sebaliknya

Karya,
NUR ANIS

mimpi VS realiti

Kadang kala hidup ini
bagai suatu mimpi
yang mungkin akan menjadi realiti
pada suatu hari

Tapi adakah realiti itu akan menyenangkan hati
atau melukakan hati
tentunya tiada jawapan yang pasti
jika melibatkan soal hati

kerana hati terlampau menghalusi
antara fantasi dan realiti
dan menjadikannya sebagai mimpi
yang mungkin akan menjadi realiti

ditulis oleh,
NUR ANIS BTE NORDIN

idea yang datang tiba -tiba

Hatiku tetap denganmu
walaupun jauh berbatu
Akan ku tunggu,
dirimu selalu

Tanpa jemu
kerna dirimu
membuatkan diriku
bahagia selalu

Selamanya..

Friday, July 17, 2009

i am now having mental problem

if anyone see me laughing suddenly
dont be suprised
i am totally in pressure