Tuesday, September 29, 2009

Tatkala aku mengenalimu

Aku tahu ada keikhlasan di hatimu
ia jelas terpancar pada matamu
ingin sekali aku berada di hatimu
biarpun bibir aku tetap membisu

Tatkala aku mengenalimu
aku jadi sedih melihatmu
mengalir airmataku saat itu
mengapa ia berlaku
mungkin ada sesuatu padamu
yang menarik perhatianku

agamamu,yang menarikku
lebih jauh untuk mengenalimu
andai engkau tahu perasaanku
mungkin aku akan jadi lebih jauh darimu
atau mungkin lebih dekat denganmu

aku melihatmu dengan sangat istimewa
entah mengapa perasaan itu menjelma
aku panjatkan doa
teguhkan iman dan taqwa dalam jiwa

kuatkanlah cintaku padaMu Ya Allah
Engkaulah cinta yang agung
yang pasti akan membahagiakan
pada sesiapa yang memilikinya

Lupakanlah aku akan cinta manusia
cinta yang palsu semata
Mungkin pula hanya kerana harta dan rupa
Tapi cinta padaMu adalah yang paling mulia

aku mengharapkan cinta dariMu
tolonglah aku mengecapinya
teguhkanlah akudari godaan dunia ini
kerana aku hamba yang lemah
yang cuba memperbaiki diri

Ampunkan segala dosaku Ya Allah
Ya Allah,jadikanlah hatiku sentiasa ingat padaMu
bukan pada makhluk ciptaanMu yang
mungkin telah menarik perasaanku
jadikanlah hatiku ini
hati yang sentiasa meletakkan
cinta padaMu
di tempat yang paling tinggi
paling mulia
dan yang paling disanjungi

Ya Allah,ampunkanlah dosaku
dosa hambamu yang hina ini....

luahan hati,
NUR ANIS
30 september 2009
2.37 A.M

No comments:

Post a Comment