Friday, October 30, 2009

semuanya hadir kerana ilham daripadaMu







Pagi ini sungguh indah dan damai
aku melangkah dengan tenang
dan berusaha untuk bertawakkal
dan redha dengan segalanya

Aku sempat untuk mengambil gambar indah
yang dapat kulihat dengan mata ciptaan Allah
dan aku teruskan lagi langkah
dan mencari tempat untuk menelaah

Aku duduk dan mula menyelak nota
tapi hati berkata sudah la anis
dah cukup,masa dah tiba
aku membulatkan tekad
dan bertawakkal kepadaMu ya Allah

Lantas ku capai slip peperiksaan
dan berjalan menuju kejayaan
"mudahkanlah aku menjawabnya ya Allah,hanya kepadaMu aku bermohon,
Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,berkatilah segala usahaku dan
berikanlah aku petunjuk dan ilham dari perbendaharaanMU ya Allah"
doa ku panjatkan
dan aku teruskan perjuangan
dengan tekad dan keazaman....


suara hati,
anis
during exam ..

khas buatmu sahabat yang jauh...

Terima kasih sahabatku
maaf kalau hanya itu yang aku mampu
moga dikau dirahmati selalu
dan hidupmu sentiasa maju

aku doakan kebahagiaanmu
walaupun dirimu jauh berbatu
namun ucapanmu dalam buku
sampai kepadaku

puisi ini khas buatmu
sebagai tanda penghargaan dariku
mengenalimu mungkin takdirku
moga suatu hari kita bertemu

buatmu sahabat...
anis...
Juliet
11.25pm
30okt 09

Thursday, October 29, 2009

sabar ye,kejap je masa berlalu....anis

huh,memang akal manusia itu terbatas
kerana manusia hanya boleh menjadi
seorang perancang
walau perancang terhebat di dunia sekalipun

Ia takkan berjaya jika kalau bukan
Allah yang menentukan
Kita manusia yang sentiasa mengharapkan
agar segala yang dirancangkan
dapat berjalan

berbekalkan kesabaran
menempuhi cabaran
aku doakan kejayaan
di penghujung jalan

duka lara...
nur anis
29 okt09
semalam hanya tinggal kenangan
hari ini aku bangkit kembali
meneruskan perjuangan
mengharapkan redha illahi

Wednesday, October 28, 2009

shopping!!!!!!!!


ini adalah apa yang aku shopping dekat kedai semalam
u know,actually aku dah xnak minum coffee
but this exam week forced me to do so
i want to get 100%marks.
i need it to get an A
but kita kene niat yang utama belajar kerana Allah
tapi kita kene usaha
dan usaha sampai ke titisan darah yang terakhir..
itu prinsipku..
sebenarnya masa semester satu ,hampir setiap hari
aku minum kopi
sampai lecturer aku tanya
awak tido bpe jam ni
tapi aku bohong jugak,aku kata aku tido 5 jam
padahal aku tido 1-2 jam je
dari sekolah lagi aku buat macam tu
sebab aku rasa malas
kalau aku banyak tido
ataupun cukup tido
akibatnya...........
kesan lebam di bawah mataku
tak dapat dilindungi lagi
aku pun tak tahu camne nak hilang
tapi aku suka bekerja
aku rasa aku banyak buang masa kalau aku tido
so,kalau aku xde keje pon lah
aku akan adakan keje
jadi,sekarang kita teruskan bekerja(ish,xinsaf lagi,dah lebam mata pun xsedar(mengenangkan tindakan diriku sendiri))

Tuesday, October 27, 2009

perpustakaan ANIS





Gambar di atas ini menunjukkan salah satu impian aku dalam hidup ini..
Aku nak sangat mempunyai sebuah rumah yang mempunyai satu tingkat untuk library atau bilik khas

Aku nak beli semua buku yang aku minat dan letak kat dalam bilik tersebut ,nanti kalau buku aku dah banyak taklah semak kat meja aku ni @ penuh kat bilik aku .aku boleh susun banyak2 ,dan senang kalau aku nak buka utk orang awam.huh,tapi camne ye,xkan aku nak wat umah aku jadi tempat awam pulak?
No privacy??
Jadi,camne ye…
bantu aku,plz..

Tapi aku ada lagi satu impian pasal buku,aku nak buka kedai buku..
Supaya aku boleh dapat beli semua buku yang aku nak dengan lebih murah dan pada masa yang sama aku dapat supply buku dengan harga yang lebih murah dan dapat menggalakkan orang melayu untuk membaca..

Wahai bangsaku,
Bacalah untuk kemajuan kita,

Bacalah…
Pada pendapat saya,seseorang itu akan bercakap seperti tin kosong jika mereka tak membaca dan bila mereka berbual dengan orang lain maka orang lain tersebut akan dapat menilai sejauh mana tahap pengetahuan yang mereka ada.
Ini akan membuatkan kita senang ditipu dan diperkotak-katikkan oleh bangsa-bangsa lain..

Jadi,bangkitlah bangsaku…ayuh kita bersama membaca demi kepentingan bersama dan dalam menegakkan status bangsa melayu….

muka nak exam...




Hari ni lepas habis exam
Islamic and current issues
Alhamdulilah,tapi ada yang belasah jugak
Belasah apabila dah berfikir selama beberapa seketika
Haha………
Aku terus pergi fakulti lepas exam keseorangan..
Aku merentas masjid,library,fakulti sains,fakulti pendidikan,cict dan blok N24

Aku jejak je kat N24,morgan,tay hock lye and the other Chinese guy
Terus menegur aku
Aku melambaikan tangan
Kerana mereka berada jarak agak jauh dari aku
Dan suara aku tak kan sampai kalau aku cakap

Diorang pun nak pergi fakulti
Aku pun..
Aku pun berjalan lagi ke N28-fakulti sains computer dan system maklumat
Oh,fakultiku…
Apabila tiba morgan and the gang dah ada dalam lif


Mereka ternampak aku yang terhegeh-hegeh berjalan ni
Owh,baiknya mereka
Mereka menunggu aku untuk naik lif bersama
Owh thank u guyz..


Morgan Tanya aku..”u nak pergi mana”
Aku jawab “samalah level 4”
Morgan terkenal dengan memberi salam

Dia selalu bagi salam kat aku
Walaupun kamu bangsa india takpelah
Aku jawab “waalaikummussam”.

Bila sampai tingkat 4
Kami berjalan secara berkumpulan ke bilik pensyarah
Kami berlainan kelas
Jadi kami pun pergi ke bilik pensyarah masing2

Aku seorang pergi jumpa my lovely lecturer(aku keseorangan lagi)
PN.HAWANIAH..
“saya ada soalan nak Tanya puan”kata aku
“ha…duduklah”kata puan
Aku pun duduk dan mulakan bicaraku
“hari tu saya dah buat latihan ni,tapi xsure btol ke x”kata aku
Aku pun memberikan kertas itu kepada puan


Dan selepas itu kitorang bincang2 hampir 2jam..
Lepas tu puan Tanya pasal exam programming aku
Owh,aku jawab “tak tahulah puan,saya lemah skit coding,yang fakta saya oklah”
Yang bahagian C tu erm,banyak belasah jugak puan.
Lepas tu beliau tunjukkan markah test aku dengan assignment..
Alhamdulillah,Ya Tuhanku…
Aku Tanya lagi “puan,ada xdpt A utk subjek ni”
“eh,ada”puan cakap


Owh,(dalam hati aku berazam nak dapat A+)
Aku akan berusaha sampai titisan darah terakhir
Itulah mottoku sejak sekolah lagi bila dlm soal pelajaran..
Lepas tu aku cakap “oklah puan ,terima kasih”
Bila nak keluar dari bilik puan,aku selalu je terlanggar puan punya meja yang ada pasu bunga tu
Aku takut gak
Dah beberapa kali dah
Harap xde ape


Tapi sebab beg aku selalu terlanggar
Memang beg aku besar drpd org
Entahlah aku pon tak tahu apa aku bawa
Tapi apapun lepastu sebelum aku keluar

Aku cakap lagi “terima kasih puan”
Aku harap mendapat berkat dan redha drpd seorang guru
Dan redha Illahi

Itulah kisahku 27 okt09

Monday, October 26, 2009

aku terima nikahnya 2



Hari ni lepas habis exam java programming object oriented
Aku pun pergi kedai potostat
Lepas tu aku pergi makan
Alhamdulillah ..
Lepas tu kitorang check tempat exam utk esok
Terpergi pulak kat kedai buku

Disitu aku dah jatuh cinta
Aku jatuh cinta dengan sebuah buku
Yang tajuknya “aku terima nikahnya 2”
Tapi depan dia ada tulis
“bercinta sampai ke syurga”

Aku dah ada yang aku terima nikahnya 1
Aku nak beli yang 2 punya
Tapi bajet dah xde
Terpaksalah aku tangguhkan dulu hasrat aku

Aku harap bulan depan buka semester
Buku tu ada lagi
Aku nak sangat
Aku nak sangat
Aku harap sangat suatu hari nanti aku dapat beli buku tu

Walaupun bilik aku ni pun dah mcm library tpi
Aku sangat suka membaca
Aku jadi gila
Kerana buku tu

Aku jadi tak menentu
Setiap saat aku teringatkanmu wahai buku idamanku
Aku harap aku dapat memilikimu
Dan aku harap engkau akan menungguku
Untuk membelimu…


peristiwa 26 okt..
huh
Owh..hari ni juga kan
Masa aku study jam 2.30 ptg
Aku dengar mcm buni cicak tapi aku tak tahu dari mana
Mcm dekat je dgn aku
Rupanya cicak tu kat tingkap aku
Aku memang suka study kat tingkap
Aku suka tgk suasana
Lepas tu aku penat
Aku tangkap gambar
Tu memang hobi aku..haha
Aku menjerit dan terus berlari dari meja aku
Sehingga membuat cicak itu pun turut berlari
Aku paling benci cicak
Aku tak suka
Aku tak suka
Aku tak suka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dia masuk dalam bilik aku
Berani btol cicak tu
Rasa nak bunuh je

Saturday, October 24, 2009

kasidah-kasidah cinta


petang tadi
lepas study
aku merehatkan diri
dengan membaca novel pilihan hati

yang tajuknya kasidah-kasidah cinta
ceritanya membuatkan aku gila
aku cemburu dengan cinta mereka
cinta pandang pertama
yang membawa kepada cinta kepadaNya

alangkah indahnya cinta mereka
Seindah kasidah-kasidah cinta
bilakah aku pula akan temui cinta pandang pertama
Alangkah bahagianya..

Friday, October 23, 2009

hari ni 24 okt 12.30 ,oh DIXON...





aku pergi kedai fotokopi DIXON..kat taman universiti


aku pergi untuk fotostat past year paper for islamic and current issues punya paper
kat situ aku tunggu hampir 15 minit
dan aku bayar rm3
lepas tu aku pg tunggu bus balik UTM
dan aku sempat habis sampai bab 6 novel QASIDAH CINTA dalam bus
wallah..best giler cite nye..
huh,,,,kata-kata yang amat puitis...

Thursday, October 22, 2009

hari ni...22 okt

aku sedih sangat
aku baru balik dari fakulti
dan aku balik tanpa kunci
aku penat sangat

mengalir lagi air mataku
huh..ntah knp aku pun tak tahu
aku penat tapi aku nak study
ada jalan nak ambil kunci tapi

hari ini hujan lebat..
nanti tangan terlepas memanjat
tingkap tu aku nak panjat
tapi hari ni rasa gayat

lagipun aku masih dalam baju kurung
tapi tingkat 5 tak kurang
dengan tingginya yang boleh melayang
aku undur kebelakang
xjadi nak mula panjat tiang

tingkat 5 tinggi
kalau jatuh boleh mati
aku takut terlepas tangan je sbb tgah hujan ni

terpaksa aku duduk luar bilik
alhamdulillah ada sikit nota
dan novel kasidah-kasidah cinta
dapat aku baca memenuhi ruang masa yang ada
tak sanggup aku nak bazir masa

air mata ini
selalu mengalir
sejak akhir-akhir ini
tapi hari ini..

aku jumpa Kak Rita
Kak Rita tegur aku dulu
kami bersalam dan berpeluk
"selalu nampak dia ni"kata kak Rita
"memang selalu sendiri ke?"kak Rita tanya lagi
"suka study sorang ye?"kak Rita tanya lagi
"tak,cuma kawan yang lain lebih suka dok bilik"jawab aku
"anis suka baca buku kat library"kata aku lagi

aku jadi suka sangat bila dapat jumpa
Kak Rita dengan kawan-kawannya
hari ini
tudung aku jadi lebih banyak inci
semuanya kerana sebuah pertemuan ini
mereka sudi membimbing ana dalam hal ini
ana syukur Ya Allah
tapi yang penting
mesti sentiasa niat keranaNya
dari situ akan ada istiqamahnya

Aku syukur padaMu
Ramadhan yang berlalu
membawa erti padaku
semuanya berlaku masa

aku pergi program mabiq
di situlah aku bertemu dengan rakan yang soleh&solehah
Dulu aku try selendang bidang 60
tapi aku just nak try kot
tu yang terus tercabut-cabut

Tapi kali ini aku tekad
dan kali ini beza dengan dulu
dulu aku sendiri
yang cuba ingin ubah diri
tapi kali ini aku ada teman membimbing diri

syukur Ya Allah

Wednesday, October 21, 2009

Mungkin tak sengaja,xpelah maafkan je

Aku tak tahu nak kata apa
Orang mengata
Mungkin tak sengaja
Bukan itu sahaja
Memperlekehkan aku juga
Takpelah aku faham kau juga manusia
Kita ada wat dosa
Tapi jangan terlepas dari meminta ampun dariNya

Aku tahu aku lemah
Sebab tu aku mengalah
Cuma aku nak mintak tunjukkan betul dan salah
Apa yang perlu aku kesah
Jika apa yang aku lakukan tiada salah
Tak ku gentar hadapi masalah
Anis sabarlah

Alhamdulillah
Dapat ku menahan je sikap marah
Syukur padaMu ya Allah
Aku jadi dapat tahan marah
Kalau tak dah lama pecah
Tapi tak aku ikutkan nafsu amarah
Kerana ku tahu erti kesabaran
Ku tahu ini adalah ujian
Ujian menguji keimanan dan ketaqwaan


Bagi anis tiada yang mustahil
Kerana anis tak ingin jadi orang yang jahil
Jahil dunia mahupun agama
Dan bagi anis hidup ini hanya sementara
Maut pasti dating menjelma
Cuma tak tahu je nak jemput bila
Semuanya di tangan yang Maha Kuasa
Aku redha akan kehendakNya

Tuesday, October 20, 2009

DIRIMU

KU TUJUKAN BUKU INI BUAT
DIRIKU
DIRIMU
JIWAKU
DAN DIRIMU YANG DIINGATI










semalam mungkin hanya khayalan
mungkin juga masa depan
selalu apa yang aku mimpi
akan jadi kenyataan

ini selalu terjadi kepada aku
sebab tu lah kalau aku mimpi buruk
aku kadang-kadang rasa takut skit
kembali berdoa kepadaNya

aku xnak percaya
sebab mimpi itu cuma mainan tidur
tapi selalu bila kita baca doa
dan berwuduk sebelum tidur

bila mimpi selalunya jadi
tak hari ni,esok lusa
pasti akan jadi
itu selalu berlaku padaku

pengalaman banyak mengajar
mimpi pun kadang2 boleh jadi nasihat
kadang2 boleh jadi apa yang akan berlaku
selalulah macam tu

impianku....bertemu denganmu...
walaupun hanya mimpi
entah kenapa aku yakin ia akan jadi realiti

sombongnya aku!!

kawanku
janganlah kata aku begitu
aku mungkin sombong buatmu
tapi hakikatnya aku ada sebab berbuat begitu

kerana diriku
seorang perempuan yang cuba mencari hala tuju
dan sangat cuba menjaga malu
aku harap engkau fahami diriku

-nur anis-
3.30pm

Monday, October 19, 2009

Diari 20 okt 2009

Diari 20 okt 2009
Walaupun hari ini kehidupan tidak berlaku
Seperti yang telah aku rancang dalam catatanku
Tapi pertemuanku denagn seorang guruku
Telah memberikan aku sesuatu yang cukup bermakna buatku

Aku jadi seorang insan yang lebih bermmotivasi
Yang akan sentiasa cuba meningkatkan diri
Kerana ku tahu hidup ini sangat bererti
Bagi yang sentiasa mencari
Dan jangan mengharap orang memberi

Kerana itu tidak kekal abadi
Hidup sentiasa ada onak duri
Tapi itu semua mengajar diri
Supaya menjadi lebih berdikari

Baru ku tahu ilmu nak “survive” sendiri
Jangan kata gunung berapi
Segala gunung sanggup ku daki
Jangan hanya berteka teki
Sayangilah diri

Berusahalah dengan kaki sendiri
Kelak kamu akan rasa puasnya hati
Segala usaha semoga diberkati
Bukan saja duniawi tapi di sana nanti
Moga kita sentiasa diredhai
Dan dikurniakan cinta yang sejati
Cinta yang tulus suci
Yang pasti akan membahagiakan diri


Nukilan naluri,
-nur anis-
2.04pm
~Biarkan aku sendiri~aku lebih suka begini~
jangan cuba kau dekati~seindah mawar berduri~
~kamu nanti yang merana sendiri~cubalah dengan seikhlas hati~
~dan cekallah dalam menawan mawar berduri~

terima kasih sahabatku

syukurnya aku,Ya Allah,
gembiaku bukan kepalang,
keranaMu aku berpeluang,
mengenali sahabatku yang soleh dan solehah

aku syukur ya Allah
aku jadi insan yang berani berubah
dengan bimbingan kawan yang soleh dan solehah
dan ku tahu semuanya adalah kurnianmu ya Allah

kalau dulu tudungku boleh melayang
kalau angin bertiup kencang
kini ia akan kukuh terpasang
aku syukur kerananya
terasa lebih sempurna di kepala

Aku cintakan kawanku,sayang kamu
yang soleh dan solehah
yang selalu mengajarku betul dan salah
akan ku doakan kamu
segala hajat dan impian dimakbulkan Allah

Semoga suatu hari
kita dipertemukan Allah
Dalam keadaan redhai illahi
hanya kepadaNya ku berserah..

-anis-
12.30 AM
19 okt 09

kalau suatu hari nanti..

mama..papa
kalau suatu hari nanti
kalau ada jejaka yang berjaya menambat hati
seindah mawar berduri

mama,papa
janganlah ikutkan hati ini
kerana anakmu ini
tidak mengerti hal sebegini

mama,papa
tanyalah empunya diri
kenapa dia berjaya menambat hati
sedangkan yang lain ditolak tepi

pasti istimewa empunya diri
yang berjaya menggerakkan hati ini
hati seorang mawar berduri
yang memilikinya hanya yang cekal hati

yang tidak mengenal erti
walau susah bagaimana pun tetap berdiri
semata-mata ingin memiliki mawar berduri
yang durinya sentiasa mengelilingi diri

mama,papa
anakmu ini sentiasa cuba menurutkan apa jua katamu
keputusanmu adalah keputusan anakmu
akan anakmu kenang selalu
apa jua yang telah lalu
mama,papa yang ku cintai selalu..

-anis-
10.45 pm
19oktober 2009

Sunday, October 18, 2009

aku takut..akan..........................





aku membukanya sehelai demi sehelai
lembaran demi lembaran
tiap kali aku lakukan
aku jadi ketakutan

aku jadi tak keruan
aku jadi seperti nak pengsan
huh,dasyatnya buku itu
buku yang membuatkan aku kaku
buntu
apa yang akan berlaku padaku
ketika sakaratul mautku

adakah cahaya akan menerangi wajahku
atau sebaliknya
takut sekali untuk aku mengungkapkannya
takut aku jadi yang tidak tergolong matinya
dalam husnul khatimah yang menjadi idaman setiap jiwa manusia
ketika tiba saatnya
menemui Maha Pencipta

Ya Allah,jauhilah aku
dari perbuatan yang menjuruskan aku
kepada suul khatimah
kerana aku insan yang lemah
yang mengharapkan matiku dalam husnul khatimah

-anis-
8.36Am
19 okt 09

seindah bunga dicipta di dunia

Jangan mudah menerima
pada cinta manusia
kerana kebanyakannya binasa
dusta semata-mata
dan membuatkan kita alpa
dan lalai terhadapNYA

-anis-
10.08 pm
10 okt 09

ikhlas?

kamu datang padaku
ingin menyatakan cintamu
huh,cinta murahanmu?
menunjukkan kerendahan imanmu


jangan harap pada rupamu
aku akan tergoda olehmu
ia akan ditelan masa
hanya agama yang kekal ada
jagalah ia sebaiknya

Kamu kata kamu ikhlas
tapi kamu tak berhak berkias
kerana hanya yang Esa tahu ikhlasmu yang jelas
jangan mengharap cintamu dibalas

jangan ubah pendirianku
ia akan kekal begitu
selalu ku pinta dalam doaku
jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku

Aku yakin akan jodoh pertemuan di tangan illahi
Tak perlu dicemari cinta yang dikaburi
oleh tipu daya dunia ini
hanya kepadaNya aku berserah diri

Aku sedar diriku
bukannya Rabiatul Adawiyyah
bukannya Fatimah az-Zahra
Bukannya Khadijah,cinta sejati Rasullullah


Cemburu aku pada Khadijah
Ingin aku jadikan dia sebagai idola
menjadi seorang isteri yang setia
yang sentiasa mendapat keredhaanNya


LUKISAN HATI
NUR ANIS
8.46 PM
18 OKTOBER 2009

Tuesday, October 13, 2009

diari 13 oct dalam hidupku






Ini adalah gambar buku-buku yang aku baru beli hari ini
Aku pun tak tahu kenapa aku beli buku-buku tu
Masa aku beli buku tu
Sebab kelas Simulation and Modelling cancel
Aku nak pergi bank je lepas tu
Tapi entahlah hati ni tertarik pulak nak pergi kedai buku
Jadi aku pun melangkah ke kedai buku
Aku mula-mula tengok satu dulu
Yang pasal tips pilih jodoh
Tapi lepas tu nampak pulak yang dua lagi
Erm,bila totalkan semua macam dah over budget
Tapi berkenan lah
Entahlah tak taw kenapa
Try tanya pak cik kedai
He he..dapat diskaun skit
Terus beli tiga2
Wah,rasa macam ada satu kepuasan dalam diri bila dapat memiliki tiga buah buku tersebut
Macam tak percaya pun ada jugak
Tapi kenapa buku tu
Kenapa tak pasal yg lain
Ok,jadi lepas tu jam 9.45 am ,aku pergi library,print my assignment
Lepas tu berjalan pergi kelas dengan beg plastic di tangan
Aku merentas fakulti sains,fakulti pendidikan,pusat CICT
Blok N28 dan akhirnya Alhamdulillah
Aku sampai ke destinasi yang dituju
Dengan sepantas yang mungkin aku cuba mendaki tangga ke tingkat 5
HUH,doa jelah lecturer tak masuk lagi
Sebab kelas jam 10
Aku tgk jam dah jam 10.09 ni
Dengan pembalut buku plastic yang panjang tu
Rasa macam semua orang pandang pelik kat aku masa aku jalan
Tapi aku xkesah pon
Bukannya aku wat salah
Lepas tu bila aku masuk kelas

Wah ,lecturer tak masuk lagi
Alhamdulillah
Jadi hari ni test
Aku xbaca apa pun pagi ni
Tapi aku dah baca minggu lepas
Harap ingatan ada lagi
Dan Allah memberi ilham kepadaku untuk menjawab

Lepas jawab aku terus hantar
Lepas tu aku karang puisi kat bawah ni
Ntah kenapa tetibe je muncul idea
Aku memang suka mengarang puisi
Aku harap aku dapat bukukannya suatu hari nanti
Aku terlupa nak terbalikkan tajuk buku yang aku baca
Sebenarnya masa aku masuk kelas
Aku tgk lecturer takde lagi
Aku terus baca buku “Aku terima Nikahnya”
Lepas tu aku letak atas meja
Hah terkejut aku bila lecturer aku Tanya
“NAK KAHWIN DAH KE”
Huh,malu giler aku
Terus aku ambil buku tu dan simpan
Erm…lepas tu aku bincang skit dengan project partner aku pasal
Our project documentation
Almost done
But extra work that I have to do
“I must do it faster”I said in my heart
Esok aku ada 2 test
Esok jugak aku kene urus International Student Festival
Very busy
Perhaps I can answer the test well
And I have the confidence to talk in the festival
Aku try cm bese
Aku belasah je omputih tu
Tapi aku try gak check aku punya grammar
Hehe…
Esok aku tak tahu nak pakai ape utk festivalnya
Aku pakai baju kurung jugak
Xkesah;lah org nak kata ape
Be Myself….lah(lg senang kan)
Sebab diorang dah bg aku baju utk pakai
Tapi Mashaallah
Baju kebaya singkat dan jarang
Wane pink lak tu
PErgh……gilerlah…
Malulah Aku
Aku pulang balik baju tu..
Aku cakp “That dress is ugly”
Aku rasa diorang marah
Tapi
Aku ada pendirian..
Anis yang degil-mama aku penah cakap
So,till here..my dear friends..
I hope tomorrow is going to be Okay and
Perhaps no one belittle me
Tomorrow………..

Monday, October 12, 2009

Kalau itu takdirNya

Ya Allah,andai kata,
hidup ini masih ada waktu buatku,
Engkau berikanlah aku peluang,
untuk menatap wajah orang yang mencintaiMu
yang bagiku dia seorang pejuang

Pejuang yang telah membuatkan aku
lebih dekat padaMu
Sekalipun tak pernah bertemu
Tetapi kadangkala terbit rasa rindu

Kalau itu takdirNya
Walaupun hanya sekadar teman yang biasa
aku redha
Cuma aku amat ingin sekali menatap ketulusan wajahnya
Yang selalu membuatkan aku menitiskan air mata
Yang tidak boleh diseka
Tatkala menatap gambarnya

Luahan jiwa,
NUR ANIS
13/10/2009
10.58 AM

Friday, October 9, 2009

PAPA,.....kami semua sayang sangat sangat dekat papa..




ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Papa,jangan tinggalkan along

aku malu kepadaMu

Di malam ini
malam yang sunyi
tanpa sebarang bunyi
tangisan mengalir mencurahi pipi

tangisan yang ikhlas dari hati
yang terlampau menyesali
kesilapan diri
dan menzalimi diri sendiri

Aku cuba melelapkan diri
tapi perasaan hiba menyelubungi diri
membuatkan diriku berjaga sendiri
mengenangkan kejahilan diri

Ya Allah,aku malu
aku sangat malu kepadaMU
amat malu dengan diriku
terhadap kesilapan yang lalu

Ampunkan aku Ya Allah
Ampunkan aku
aku tidak layak untuk syurgaMu
tapi aku juga tidak sanggup
untuk nerakaMu

Ya Allah,terimalah taubatku
dan berikanlah aku petunjukMu
dan janganlah Engkau pesongkan aku
setelah Engkau berikan petunjukMu

ya Allah,biarkanlah tanganku,lidahku,kakiku
dan semua yang ada pada diriku
bergerak dengan petunjukMU
dan sentiasa berada di landasanMu

aku pohon kepadaMu
dan aku teramat memohon kepadaMu
terimalah taubatku
dan kurniakanlah aku petunjukMu

Nukilan hati,
NUR ANIS BTE NORDIN
11.04 PM
9.10.2009