Sunday, October 18, 2009

aku takut..akan..........................





aku membukanya sehelai demi sehelai
lembaran demi lembaran
tiap kali aku lakukan
aku jadi ketakutan

aku jadi tak keruan
aku jadi seperti nak pengsan
huh,dasyatnya buku itu
buku yang membuatkan aku kaku
buntu
apa yang akan berlaku padaku
ketika sakaratul mautku

adakah cahaya akan menerangi wajahku
atau sebaliknya
takut sekali untuk aku mengungkapkannya
takut aku jadi yang tidak tergolong matinya
dalam husnul khatimah yang menjadi idaman setiap jiwa manusia
ketika tiba saatnya
menemui Maha Pencipta

Ya Allah,jauhilah aku
dari perbuatan yang menjuruskan aku
kepada suul khatimah
kerana aku insan yang lemah
yang mengharapkan matiku dalam husnul khatimah

-anis-
8.36Am
19 okt 09

No comments:

Post a Comment