Monday, October 19, 2009

Diari 20 okt 2009

Diari 20 okt 2009
Walaupun hari ini kehidupan tidak berlaku
Seperti yang telah aku rancang dalam catatanku
Tapi pertemuanku denagn seorang guruku
Telah memberikan aku sesuatu yang cukup bermakna buatku

Aku jadi seorang insan yang lebih bermmotivasi
Yang akan sentiasa cuba meningkatkan diri
Kerana ku tahu hidup ini sangat bererti
Bagi yang sentiasa mencari
Dan jangan mengharap orang memberi

Kerana itu tidak kekal abadi
Hidup sentiasa ada onak duri
Tapi itu semua mengajar diri
Supaya menjadi lebih berdikari

Baru ku tahu ilmu nak “survive” sendiri
Jangan kata gunung berapi
Segala gunung sanggup ku daki
Jangan hanya berteka teki
Sayangilah diri

Berusahalah dengan kaki sendiri
Kelak kamu akan rasa puasnya hati
Segala usaha semoga diberkati
Bukan saja duniawi tapi di sana nanti
Moga kita sentiasa diredhai
Dan dikurniakan cinta yang sejati
Cinta yang tulus suci
Yang pasti akan membahagiakan diri


Nukilan naluri,
-nur anis-
2.04pm
~Biarkan aku sendiri~aku lebih suka begini~
jangan cuba kau dekati~seindah mawar berduri~
~kamu nanti yang merana sendiri~cubalah dengan seikhlas hati~
~dan cekallah dalam menawan mawar berduri~

No comments:

Post a Comment