Monday, October 19, 2009

kalau suatu hari nanti..

mama..papa
kalau suatu hari nanti
kalau ada jejaka yang berjaya menambat hati
seindah mawar berduri

mama,papa
janganlah ikutkan hati ini
kerana anakmu ini
tidak mengerti hal sebegini

mama,papa
tanyalah empunya diri
kenapa dia berjaya menambat hati
sedangkan yang lain ditolak tepi

pasti istimewa empunya diri
yang berjaya menggerakkan hati ini
hati seorang mawar berduri
yang memilikinya hanya yang cekal hati

yang tidak mengenal erti
walau susah bagaimana pun tetap berdiri
semata-mata ingin memiliki mawar berduri
yang durinya sentiasa mengelilingi diri

mama,papa
anakmu ini sentiasa cuba menurutkan apa jua katamu
keputusanmu adalah keputusan anakmu
akan anakmu kenang selalu
apa jua yang telah lalu
mama,papa yang ku cintai selalu..

-anis-
10.45 pm
19oktober 2009

No comments:

Post a Comment