Tuesday, October 27, 2009

muka nak exam...




Hari ni lepas habis exam
Islamic and current issues
Alhamdulilah,tapi ada yang belasah jugak
Belasah apabila dah berfikir selama beberapa seketika
Haha………
Aku terus pergi fakulti lepas exam keseorangan..
Aku merentas masjid,library,fakulti sains,fakulti pendidikan,cict dan blok N24

Aku jejak je kat N24,morgan,tay hock lye and the other Chinese guy
Terus menegur aku
Aku melambaikan tangan
Kerana mereka berada jarak agak jauh dari aku
Dan suara aku tak kan sampai kalau aku cakap

Diorang pun nak pergi fakulti
Aku pun..
Aku pun berjalan lagi ke N28-fakulti sains computer dan system maklumat
Oh,fakultiku…
Apabila tiba morgan and the gang dah ada dalam lif


Mereka ternampak aku yang terhegeh-hegeh berjalan ni
Owh,baiknya mereka
Mereka menunggu aku untuk naik lif bersama
Owh thank u guyz..


Morgan Tanya aku..”u nak pergi mana”
Aku jawab “samalah level 4”
Morgan terkenal dengan memberi salam

Dia selalu bagi salam kat aku
Walaupun kamu bangsa india takpelah
Aku jawab “waalaikummussam”.

Bila sampai tingkat 4
Kami berjalan secara berkumpulan ke bilik pensyarah
Kami berlainan kelas
Jadi kami pun pergi ke bilik pensyarah masing2

Aku seorang pergi jumpa my lovely lecturer(aku keseorangan lagi)
PN.HAWANIAH..
“saya ada soalan nak Tanya puan”kata aku
“ha…duduklah”kata puan
Aku pun duduk dan mulakan bicaraku
“hari tu saya dah buat latihan ni,tapi xsure btol ke x”kata aku
Aku pun memberikan kertas itu kepada puan


Dan selepas itu kitorang bincang2 hampir 2jam..
Lepas tu puan Tanya pasal exam programming aku
Owh,aku jawab “tak tahulah puan,saya lemah skit coding,yang fakta saya oklah”
Yang bahagian C tu erm,banyak belasah jugak puan.
Lepas tu beliau tunjukkan markah test aku dengan assignment..
Alhamdulillah,Ya Tuhanku…
Aku Tanya lagi “puan,ada xdpt A utk subjek ni”
“eh,ada”puan cakap


Owh,(dalam hati aku berazam nak dapat A+)
Aku akan berusaha sampai titisan darah terakhir
Itulah mottoku sejak sekolah lagi bila dlm soal pelajaran..
Lepas tu aku cakap “oklah puan ,terima kasih”
Bila nak keluar dari bilik puan,aku selalu je terlanggar puan punya meja yang ada pasu bunga tu
Aku takut gak
Dah beberapa kali dah
Harap xde ape


Tapi sebab beg aku selalu terlanggar
Memang beg aku besar drpd org
Entahlah aku pon tak tahu apa aku bawa
Tapi apapun lepastu sebelum aku keluar

Aku cakap lagi “terima kasih puan”
Aku harap mendapat berkat dan redha drpd seorang guru
Dan redha Illahi

Itulah kisahku 27 okt09

No comments:

Post a Comment