Friday, October 30, 2009

semuanya hadir kerana ilham daripadaMu







Pagi ini sungguh indah dan damai
aku melangkah dengan tenang
dan berusaha untuk bertawakkal
dan redha dengan segalanya

Aku sempat untuk mengambil gambar indah
yang dapat kulihat dengan mata ciptaan Allah
dan aku teruskan lagi langkah
dan mencari tempat untuk menelaah

Aku duduk dan mula menyelak nota
tapi hati berkata sudah la anis
dah cukup,masa dah tiba
aku membulatkan tekad
dan bertawakkal kepadaMu ya Allah

Lantas ku capai slip peperiksaan
dan berjalan menuju kejayaan
"mudahkanlah aku menjawabnya ya Allah,hanya kepadaMu aku bermohon,
Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,berkatilah segala usahaku dan
berikanlah aku petunjuk dan ilham dari perbendaharaanMU ya Allah"
doa ku panjatkan
dan aku teruskan perjuangan
dengan tekad dan keazaman....


suara hati,
anis
during exam ..

No comments:

Post a Comment