Tuesday, December 22, 2009

FAHAMILAH.

Kadang-kadang
aku rasa aku selalu sangat mengalah
sehingga apabila kawanku berbuat salah
atau tak endah
biarlah..

Tapi,kadang-kadang bila dah selalu
aku jadi bisu
Walaupun mungkin bukan selalu
Tapi tolonglah..

Hidup bukan untuk diri sendiri
dan janganlah sampai menyakiti
Walaupun tanpa disedari
Tapi kadang kala mimik muka boleh mencerminkan hati
cubalah engkau fahami

Aku bukanlah menyalahkanmu
mungkin sudah takdir begitu
tapi cuka kau berada di tempatku
aku bertanya,kau menempik

Taklah aku balas dengan memekik
diamku juga bukan bermakna aku lemah
tapi cuba ku elak dari buat masalah
takut kalau mulut mencelah
lidah pula membuat helah
cukuplah...sudah banyak kali aku mengalah
aku juga insan yang lemah..
FAHAMILAH......


IN OPERATING SYSTEM CLASS
9.37 AM
WED

No comments:

Post a Comment