Saturday, December 19, 2009

petikan ulama

Wahai sahabatku,pandanglah pemakaman nun di sana
Dan saksikan betapa banyak pusara di dalamnya
Berapa ratus ribu manusia-manusia tidak berdaya
Berbaring di sana di dalam kegelapan

Setiap orang di antara mereka telah membanting tulang
Dan berjuang
Telah terbakar oleh harapan hampa dan ketamakan
Dan pakaian-pakaian gemerlap bertatahkan ratna mutu
Manikam

Mereka mengumpulkan berguni-guni emas dan perak
Merampas nafkah orang ramai
Dan berlumba-lumba dengan tipu muslihat
Mencari wang banyak
Namun,akhirnya dengan penuh keluh penyesalan
Mereka dibaringkan untuk menghadapi ajal

Gudang harta kekayaan mereka penuhkan
Dan di dalam jiwa mereka
Tertanam dalam benih-benih
Ketamakan
Tetapi,akhirnya
Semua itu mereka tinggalkan

Sungguh menyedihkan,dengan tidak terduga-duga
Terjebaklah mereka di pintu kematian
Ada di sana cangkir tanah
Yang akan mereka minum

Wahai sahabatku,renungilah kebimbangan hatimu,
Dan bergegaslah engkau ke pintu taubat
Jika tidak,ketahuilah olehmu
Engkau akan terseksa untuk selama-lamanya…

No comments:

Post a Comment