Saturday, January 2, 2010

HINA..

Kepenatan,keletihan,kelesuan
Membuatkan aku macam nak pengsan
Tapi apa nak difikirkan
cuba segala kudrat atasi kelemahan

Oh,betapa lemah manusia
Baru sikit buat kerja
Belum lagi jadi raja
Yang memerintah seluruh semesta

Syukur padaNya
dikurniakan hidup sederhana
mengajar aku jadi hamba
yang mengejar redha

Oh Tuhan
ampunkan aku
jika walau setengah saat aku alpa
meletak namamu dalam jiwa
minta diampun segala dosa
dahulu,kini dan kemudiannya
kerana aku hanyalah hamba yang hina

akulah,hamba yang hina....

-anis-
6pm
2jan09

No comments:

Post a Comment