Thursday, January 14, 2010

oops! dont speak!!

mula-mula
aku sabar
takpe gurau je
tapi semakin menjadi
perlekehkan orang sampai
depan banyak orang
hey,aku ada harga diri taw
mungkin kau takde kot
ampunkan aku..tak sengaja
tapi aku malu
bila dimalukan begitu
aku sedar siapa aku
aku tak sehebat dirimu
yang dapat dean's list
tapi mengapa perlu kau rasa hebat
sedangkan ilmu yang ada padamu
hanya secelup jari dalam luasnya lautan
ya Allah,kurniakanlah aku kesabaran
yang cukup untuk menahan kemarahan
aku sedih sangat
bukan kerana aku xhebat
tapi aku syukur kerana ada kawan yang lebih hebat
tapi janganlah engkau malukan diriku
didepan teman-temanmu
mahupun aku hanya berdiam
tapi aku harap kau faham
hanya Tuhan yang tahu
perasaanku ketika itu
betapa malunya aku
aku tahu aku budak yang mesti belajar lagi
belajar,belajar,belajar
tapi aku xkesah
memang hidup xkan pernah cukup dengan ilmu
kerana semakin dalam aku korek
semakin jauh cetek pengetahuanku
dan aku hanyalah peminjam ilmu
daripadaNya
siapalah aku...

No comments:

Post a Comment