Sunday, January 3, 2010

teguh berpegang...

Ya Allah,syukurnya hatiku
kerana berpeluang mengenali seorang hambaMu
yang boleh mendekatkanMu denganku
Syukur amat kepadaMu yang telah memakbulkan doaku

Setiap kali selepas solat fardhu
aku doa ingin bertemu
seorang insan yang satu
yang dirinya dapat membimbingku

Juga membahagiakan aku
dan moga aku juga dapat membahagiakannya
Ya Allah,betapa syukurnya
aku kepadaMu

ya Allah,Engkaulah Maha Pengasih
Maha Penyayang
yang menimbulkan rasa kasih sayang
Semoga ukhwah yang dibina tidak akan goyang

Mohonku juga kita tidak terjatuh di simpang
yang akan membuatkan iman tempang
kerana hidup kita di dunia ini hanyalah penumpang
yang menanti waktu untuk kembali pulang

Tentunya kita tidak mahu pulang
dengan hanya jalan berlenggang
Nanti malunya bukan kepalang
menanti saat amalan dibentang

Semoga kita tidak jatuh terlentang
akan luasnya dunia yang terbentang
sedarlah diri hanya penumpang
yang masih tercari-cari jalan pulang

Semoga kita teguh berpegang
kepada yang berkuasa membuatkan hati ini tenang
yang membuatkan hati ini terang
hanya kepadaNya kita patut teguh berpegang...

-from my heart and soul,nur anis nordin-
3jan09
2.15 am

No comments:

Post a Comment