Monday, February 22, 2010

terima kasih encik

terima kasih ENCIK

MOHD MANZAIDI BIN MOHD AMIN

kerana sudi membaca puisi yang tak bape di dalam blog ini
Terima kasih kerana sudi memilih puisi saya untuk dideklamasikan....


23 FEB 2009
12.30 PM

Sunday, February 21, 2010

SA only

Biarlah aku
sahaja yang tahu
akan perasaanku terhadapmu
Biarpun sedih bila terkenangkan yang kita tak mungkin lagi bertemu

Tapi aku juga ragu
akan hatimu
adakah hatimu sudah ada yang terdahulu
ucapanku Semoga berbahagia selalu
hanya itu yang termampu dariku

Tiada kata selain itu
Biarkan aku
Pergilah kepada pujaanmu
akulah...pemendam cinta padamu

Biarpun kerap kali juga pandangan kita bertemu
yang kadangkala ku rasakan hati kita bersatu
tapi sama-sama kau dan aku
menjadi pemendam rindu
dan diselubungi malu

Biarlah ia menjadi kenangan yang berlalu
dan hanya bertaut di memori rindu
Andai ada jodoh kita kembali bertemu



~anis~
9 am
22 feb 2010
at TINTEC PONTIAN 2010

Sunday, February 7, 2010

di saat ku tinggalkan dirimu

di saat dirimu kutinggalkan
aku terasa sayu
kerana ia bukanlah kehendakku
aku ingin sentiasa bersamamu

anginmu membelai diriku
keindahanmu mengasyikkan aku
ketenanganmu meruntun jiwaku
aku jatuh cinta padamu

bahagianya aku bila bersamamu
akan ku hargai saat indah itu
dalam kenangan yang terpahat namanya rindu
yang begitu menyentuh kalbuku...

buatmu...~DESARU~.....
3.23PM
KULIAH BAHASA INGGERIS
~ISNIN~
AKU NAK BALIK KAT DESARU..