Wednesday, March 31, 2010

Aku kagum dengan keikhlasanmu

Wahai sahabat
Aku kagum dengan keikhlasanmu
Sabarmu dalam mengajarku
yang cetek ilmu
Ikhlasnya hatimu

Aku malu melihat keikhlasanmu
Walaupun kau tidak bergelar Islam sepertiku
Tapi terpancar dari perbuatanmu
Sebuah keikhlasan dalam memberi ilmu
Melebihi sahabat seagamaku

Ku pohon dirimu
Diberi hidayah daripada Tuhanku
Diberi petunjuk daripada Tuhanku
Ku pohon doa semoga syurga itu tempat bagimu

Berjam-jam berkorban
Hanya untuk memastikan
Yang aku jelas kefahaman
Dalam ilmu yang diajarkan

Ya Allah,ikhlasnya hati seorang insan
Dalam berkongsi pelajaran
Moga berkat ilmu yang diajarkan
Membuka hatinya kepada jalan kebenaran

Yang mendorongnya ke arah keislaman
Ya Allah,aku yakin Engkau tidak akan
Sekali-kali menyiakan
pahala orang yang berbuat kebaikan
Maka,kurniakanlah sahabatku itu ,petunjuk jalan
Ke arah kebenaran

Jadikanlah kami teman
Di dalam taman-taman syurga firdausiMu
Moga ukhwah kami berkekalan
dan dilimpahi rahmat dariMu
Khas buatmu teman.........L-- W-- S---.....


ikhlas daripada anis,
12.32 am
31 march 2010

Tuesday, March 30, 2010

Biarkan aku sendiri!!

Di saat ini
Aku ingin bersendiri
sepi dan sunyi
Tanpa sebarang teman sekitar diri

Biar hanya aku dan diri ini
jiwa dan hati ini
Merintih keluhan pada illahi
kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui
Perjalanan hidupku ini

Biar dicela di mata manusiawi
Siapa yang tahu jerih di hati ini
Tapi tidak,Dia Maha Mengetahui
Dia sentiasa menemani
mengetahui pedih dan luka di hati ini
Biarkan aku sendiri...

Luahan hati..anis..
30 march 2010
3.44pm

Monday, March 29, 2010

ilmu

Ya Allah
Betapa Engkau Maha Pemurah
Segala ilmu yang Engkau curah
Akan ku tadah
Dan tak kan ku biar
Melainkan ada yang menadah

Segala ilmu yang Kau izinkan
Biarlah akan terpahat dalam ingatan
Mengajar kehidupan
Memberi keinsafan
dan menjaga kesucian

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim
Wahai Zat yang mengajar Adam dan Ibrahim
Ajarkanlah aku ilmu
Tambahkanlah aku ilmu

Semoga segala ilmu itu
Akan menjadikan aku
Insan yang berakhlak dan berilmu
Dan semuanya hanya akan berlaku
Dengan keizinan dariMu

Syukur padaMu
Yang Satu
Kekasihku
Hidup dan matiku
hanyalah untukMu

nukilan anis
12.39pm
30 march 2010

Sunday, March 28, 2010

Suatu keputusan

Hari ini
Ku selak sehelai lembaran baru
Mungkin telah lewat untuk itu
Atau mungkin terlalu singkat

Tapi apabila nekad dicapai
Keputusan sudah termeterai
Tinggal hanya keizinan
Yang mungkin menggugat keputusan

Mungkin melepaskan kebebasan
atau mungkin menjerat kehidupan
Tapi tak mungkin juga akan
ku ubah suatu keputusan
Dan juga tidak akan lagi ku pertimbangkan...

Tolong maafkan..

Nukilan anis
5.08pm
28 march 2010

Friday, March 26, 2010

Di masjid itu........

Di masjid itu
Terdapat damai hatiku
menenangkan fikiranku
daripada masalah yang membelenggu

Aku pasrah kepadaMu
Atas segala ujianMu
Ku tahu,inilah balasan dosaku
Ya Allah,ampunilah aku

Akan ku cuba redhakan hati selagi terdaya
Biar butiran jernih mengalir di mata
Membasahi tangan yang mengusap muka
aku amat harapkan keredhaanNya

Engkaulah tempat luahan hatiku
Tempat aku mengadu
Segala yang resah di hatiku
Ku yakin dan percaya selalu
Engkaulah sebaik-baik Penolongku

Alangkah indahnya jiwa ini
Jika setiap saat hanya dengan namaMu yang Maha Mengampuni
Itulah yang selalu ku ingini
Untuk setiap detik di dalam hati ini

Tapi aku tersasar kerap kali
Tanpa segan silu
Aku berani meminta lagi
Alangkah jahilnya diri ini

Tapi dengan siapa lagi
kerana hanya Engkaulah satu-satunya Penolongku
dan Engkaulah sebaik-baik Penolong
Yang mengetahui segala inci hidup ini
Yang sentiasa di sisi
Biarpun keseorangan sendiri
Hanya Engkaulah cintaku yang sejati..



~Alhamdulillah
Lukisan jiwa anis
10.31 am
26 march 2010
M>S>I

Thursday, March 25, 2010

Papa...Maafkan anakmu....

Terima kasih papa
Papa adalah ayah yang paling hebat kat dunia ni
tiada siapa pun dapat menandingi
Maafkan diri ini papa

Anakmu ini amat menyesali
Ampunkan diri anakmu ini
atas segala khilafnya tanpa disedari
Kadangkala anakmu tidak memahami
hanya setelah engkau bertanyakan diri

Maafkan anis papa
Tapi papa tetap di sisi
Walau anakmu ini selalu je buat silap lagi
Tiada orang lain lagi

Terima kasih papa
Papa adalah orang yang anakmu ini paling sayang
setelah yang Maha Penyayang dan kekasihNya
Anakmu masih bercita-cita tinggi
Semuanya juga kerana kau percaya akan anakmu ini

Ku tahu papa
Engkau menaruh segunung harapan dalam diri ini
Tapi anakmu juga telah puas berdikari
menghadapi segala onak duri

Maafkan anakmu
atas segala kesilapan diri
Sekali lagi ikhlas daripada hati ini

Terima kasih papa..
Sayang papa selamanya....

Monday, March 22, 2010

Wahai bangsaku!!!!

Tiada guna berbicara
Jika semuanya dusta
Tiada guna menderita
Andai kata diri sendiri yang tidak berusaha

Bangkitlah wahai bangsaku,bangkitlah
Jangan asyik mengeluh
Buat kerja sikit,sini sana lenguh
Apa nak jadi,kalau asyik mengeluh
Padahal tak de pun peluh

Wahai bangsaku
Jangan asyik banyak cakap
Disko,pub,
semuanya bangsaku jadi pelengkap

Apa nak jadi
Asyik complaint sana sini
Tak pandai ke nak sedar diri
Tak pandai ke nak bawa diri

Usaha sendiri
Tak jadi usaha lagi
Tak jadi minta orang ajarkan diri
Wahai bangsaku,fikirlah sendiri.....
Malaslah nak tegur lagi...

~nukilan anis~
22 mac 2010

Saturday, March 20, 2010

TINTA ULAMA ITU

Tinta ulama itu
walaupun hanya duduk didalam lembaran itu
tetapi amat menyentuh hatiku
menusuk ke dalam qalbu
sehingga berderai air mataku

Tinta ulama itu
amat tajam
tetapi amat indah
hingga bisa menenangkan hati yang gundah

Tinta ulama itu
Aku ikuti satu persatu
mengorek segala ilmu
agar sesak dadaku
nafasku hanya dengan sayu lantunan ayat itu

Walau dalam lelah
Aku tidak akan pernah mengalah
Akan sentiasa aku
Bersama tinta ulama itu..

~anis membaca~
~buku yang dicintainya itu
dan terbitlah sajak"Tinta Ulama itu"
saat dia menelaah buku itu~

nukilan anis
-21.3.2010-
5.09 am

Adakah aku jatuh hati?

Aku pun tak mengerti
apakah yang hati ini rasai
sejak kebelakangan ini
sedangkan sebelum ini
perasaan ini belum pernah ku temui

Mengapa duhai hati
Adakah sudah jatuh hati
padahal insannya belum pernah ku temui
Anis,luahkan cintamu hanya pada yang Maha Mengasihani
Nescaya akan kau temui cinta yang sejati
Kata inilah yang aku bisikkan dalam hati
setiap hari..
hanya Allah yang mengetahui..

Jika benar itu kata hati
aku hanya mampu berdoa padaMu illahi
Semoga apa jua takdirNya nanti
Akan ku terima dengan senang hati

Walaupun perit
Akanku biarkan jiwa ini menjerit
Akanku biarkan lidah ini tergigit
Lantaran terlalu pahit

Tapi jika itu
yang akan menambahkan ikhlasku kepadaMu
yang akan menambahkan redhaku kepadaMU
aku pasrah kepadaMU

Engkau ujilah selagi
tangan ini mampu mengendali
selagi kaki ini mampu berdiri
Biarpun dalam sepi
Tapi aku tahu aku tidak pernah sendiri
kerana penciptaku sentiasa menemani
melihat diri ini
kerana hanya Engkaulah yang Maha Mengasihani

Biarpun kadangkala hati ini
menangis sendiri
di kala sunyi
Hanya kepadaMu,aku berserah diri....

Wednesday, March 10, 2010

sentuhan hati....hanya pada yang hakiki..


Tersentuhnya hati
apabila membaca novel ini
ku harapkan cinta akan bersemi
dengan redha illahi

Tanpa ku sedari
Sebenarnya hati ini telah lari
Syukur kerapaNya kerana menyedarkan diri
Ku pohon keampunanMu illahi

Luruskanlah dan tetapkanlah hati ini
Daripada segala yang cuba menyimpangkan hati
Ya Allah,bantulah aku menepis segala godaan duniawi,
Terutama daripda cinta palsu manusiawi

Ku sedar kini
Cinta sejati hanyalah cinta pada yang hakiki
Yang sentiasa sudi
Membuka pintu pengampunan kepada yang mengingini
Walau diri ini
amat hina dan busuk sekali
Hanya kepadaMu ku serahkan cinta hati ini
Engkaulah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

~anis~
~insafi diri menuju cinta illahi~
10 mac 2010
11.44pm

pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul ialah.....

pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul ialah.....(takdir yang akan menentukan)

aku gembira sangat kerana aku berpeluang membeli buku ni hari ini..
syukur~





pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul ialah.....(takdir yang akan menentukan)





(IMPIAN KASIH)
impian Kasih
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Tuesday, March 9, 2010

alive

i want a life
that is alive
i will try to survive
no matter ho hard i must strive

life is like a beehive
busy and then its neutralize
making the human realize
and never say goodbye

to the person that they can rely
love that we can never deny
love that will make us cry
to the only one
as a muslim,Allah is the only one.

~when anis are trying hard~
and she hides the face from the crying heart~
-anis-
-8.30 am-
10 feb2010

TERIMA KASIH SAUDARA MANZAIDI

FOR ENCIK MOHD MANZAIDI BIN MOHD AMIN
THANKS FOR CHOOSING MY POEMS...
THANK YOU SO MUCH..

This is an email from ENCIK MOHD MANZAIDI BIN MOHD AMIN..

Alhamdulillah syukur



Dan berbanyak-banyak terima kasih kepada Anis kerana telah menjadi penyelamat kepada saya. Malam tu say abaca sekurang-kurangnya 15 puisi, enam daripadanya milik Anis. Antara tajuk puisi yang saya petik dan deklamasikan secara santai dan penuh firasat ialah GUGUR, DISAAT KU TINGGALKAN DIRIMU, SA ONLY, JIWA YANG TERSENDIRI, FAHAMILAH dan PETIKAN ULAMA.



Untuk makluman Anis, setiap sajak yg saya baca, saya nyatakan ia daripada nukilan dan hasil karya Anis. Dan setiap kali membaca di rangkap akhir, saya tak lengkang menyebut TERIMA KASIH JULIET.



Setiap kali giliran saya, Alimi Wan Mahmood (Deyjay RTM) dan Abang Norhisham Mustapa (penyair tersohor dari Kelantan) cuba mengusik saya. Mereka bertanya, “SIAPA ANIS?”… dan “SIAPA JULIET?”..lalu saya nyatakan Anis dan Juliet adalah insan yang sama. Insan yang bermurah hati memberi pinjam puisi yang romantisnya kepada saya untuk dideklamasikan pada malam ini.



Selain itu, saya juga tidak pernah lupa untuk mendeklamasikan puisi ciptaan saya JIKA GUGUR AIR MATA INI dan GURINDAM IBU.



Untuk pengetahuan Anis.

Malam itu sekurang-kurangnya 20 penyair hadir. Kami mengempakkan suasana hening pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan dengan gelagat dan gaya tersendiri dalam melontarkan bait-bait puisi yang puitis. Terima kasih sekali lagi kepada Anis. Sudilah kiranya kita bertukar-tukar pendapat serta pandangan dalam menajamkan minda untuk mencerna dunia kesusasteraan.






Akhir kata, jutaan terima kasih dan assalamualaikum.

Saturday, March 6, 2010

doa-doa cinta


aku baru beli buku ni hari ni
best...tapi
citenya sedih..
huhu

Wednesday, March 3, 2010

wajah solehnya

Ya Allah
Ketika sebuah
Pertemuan di rumahMu
Alangkah terusiknya hatiku
Bila tak diduga pandangan bertemu
Dengan ciptaanmu


Yang begitu elok rupanya
Serta taatnya dia
Dengan segera aku palingkan muka
Cuba ku elak dari murka

Tanpa sengaja
Mengalir air mataku
Dengan wajah solehnya
Dengan seri wajahnya
Serta taatnya dia kepadaMu
Membuat aku sedikit kagum
Menunjukkan tiada angkuhnya dia
Terhadap wajah tampannya
Semoga dikau sentiasa dalam rahmatNya

~bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba~
-nukilan anis-
3 mac 2010
msi,utm

jiwa yang tersendiri



terasing
dalam nafas yang kian perlahan
dengan ayunan langkah yang seakan terjatuh ke lantai
bila takdir sudah termeterai
itulah apa yang akan tercapai

biar pedihnya kaki ini
biar ku tanggung sendiri
mampukah bertahan diri ini
kepadaMu illahi
aku berserah diri
akan segala perjalananku ini
dan mengoyakkan jiwa yang sendiri


yang menangis di kala sepi
tiada teman untuk berkongsi
tanpa ada yang memahami
akan sengsaranya diri ini
kepadaMU yang Maha Mengetahui
apakah kesudahan hidupku ini

KepadaMu illahi aku berkorban diri
semoga kemenangan akan ku kecapi
walaupun diri ini tak seindah bidadari
namun ku syukur atas nikmat illahi

dan akan sentiasa ku awasi
harga diri ini
agar menjadi permata yang dicari
perhiasan terindah di duniawi
dan penantian syurgawi....



_ciptaan anis-
4.28pm
3februari 2010
-PERMATA YANG DICARI~
DAN AKU TERINGIN NAK BUKU TERASING TU
HUHU