Saturday, March 20, 2010

Adakah aku jatuh hati?

Aku pun tak mengerti
apakah yang hati ini rasai
sejak kebelakangan ini
sedangkan sebelum ini
perasaan ini belum pernah ku temui

Mengapa duhai hati
Adakah sudah jatuh hati
padahal insannya belum pernah ku temui
Anis,luahkan cintamu hanya pada yang Maha Mengasihani
Nescaya akan kau temui cinta yang sejati
Kata inilah yang aku bisikkan dalam hati
setiap hari..
hanya Allah yang mengetahui..

Jika benar itu kata hati
aku hanya mampu berdoa padaMu illahi
Semoga apa jua takdirNya nanti
Akan ku terima dengan senang hati

Walaupun perit
Akanku biarkan jiwa ini menjerit
Akanku biarkan lidah ini tergigit
Lantaran terlalu pahit

Tapi jika itu
yang akan menambahkan ikhlasku kepadaMu
yang akan menambahkan redhaku kepadaMU
aku pasrah kepadaMU

Engkau ujilah selagi
tangan ini mampu mengendali
selagi kaki ini mampu berdiri
Biarpun dalam sepi
Tapi aku tahu aku tidak pernah sendiri
kerana penciptaku sentiasa menemani
melihat diri ini
kerana hanya Engkaulah yang Maha Mengasihani

Biarpun kadangkala hati ini
menangis sendiri
di kala sunyi
Hanya kepadaMu,aku berserah diri....

No comments:

Post a Comment