Wednesday, March 31, 2010

Aku kagum dengan keikhlasanmu

Wahai sahabat
Aku kagum dengan keikhlasanmu
Sabarmu dalam mengajarku
yang cetek ilmu
Ikhlasnya hatimu

Aku malu melihat keikhlasanmu
Walaupun kau tidak bergelar Islam sepertiku
Tapi terpancar dari perbuatanmu
Sebuah keikhlasan dalam memberi ilmu
Melebihi sahabat seagamaku

Ku pohon dirimu
Diberi hidayah daripada Tuhanku
Diberi petunjuk daripada Tuhanku
Ku pohon doa semoga syurga itu tempat bagimu

Berjam-jam berkorban
Hanya untuk memastikan
Yang aku jelas kefahaman
Dalam ilmu yang diajarkan

Ya Allah,ikhlasnya hati seorang insan
Dalam berkongsi pelajaran
Moga berkat ilmu yang diajarkan
Membuka hatinya kepada jalan kebenaran

Yang mendorongnya ke arah keislaman
Ya Allah,aku yakin Engkau tidak akan
Sekali-kali menyiakan
pahala orang yang berbuat kebaikan
Maka,kurniakanlah sahabatku itu ,petunjuk jalan
Ke arah kebenaran

Jadikanlah kami teman
Di dalam taman-taman syurga firdausiMu
Moga ukhwah kami berkekalan
dan dilimpahi rahmat dariMu
Khas buatmu teman.........L-- W-- S---.....


ikhlas daripada anis,
12.32 am
31 march 2010

No comments:

Post a Comment