Thursday, March 25, 2010

Papa...Maafkan anakmu....

Terima kasih papa
Papa adalah ayah yang paling hebat kat dunia ni
tiada siapa pun dapat menandingi
Maafkan diri ini papa

Anakmu ini amat menyesali
Ampunkan diri anakmu ini
atas segala khilafnya tanpa disedari
Kadangkala anakmu tidak memahami
hanya setelah engkau bertanyakan diri

Maafkan anis papa
Tapi papa tetap di sisi
Walau anakmu ini selalu je buat silap lagi
Tiada orang lain lagi

Terima kasih papa
Papa adalah orang yang anakmu ini paling sayang
setelah yang Maha Penyayang dan kekasihNya
Anakmu masih bercita-cita tinggi
Semuanya juga kerana kau percaya akan anakmu ini

Ku tahu papa
Engkau menaruh segunung harapan dalam diri ini
Tapi anakmu juga telah puas berdikari
menghadapi segala onak duri

Maafkan anakmu
atas segala kesilapan diri
Sekali lagi ikhlas daripada hati ini

Terima kasih papa..
Sayang papa selamanya....

No comments:

Post a Comment