Tuesday, March 9, 2010

TERIMA KASIH SAUDARA MANZAIDI

FOR ENCIK MOHD MANZAIDI BIN MOHD AMIN
THANKS FOR CHOOSING MY POEMS...
THANK YOU SO MUCH..

This is an email from ENCIK MOHD MANZAIDI BIN MOHD AMIN..

Alhamdulillah syukur



Dan berbanyak-banyak terima kasih kepada Anis kerana telah menjadi penyelamat kepada saya. Malam tu say abaca sekurang-kurangnya 15 puisi, enam daripadanya milik Anis. Antara tajuk puisi yang saya petik dan deklamasikan secara santai dan penuh firasat ialah GUGUR, DISAAT KU TINGGALKAN DIRIMU, SA ONLY, JIWA YANG TERSENDIRI, FAHAMILAH dan PETIKAN ULAMA.



Untuk makluman Anis, setiap sajak yg saya baca, saya nyatakan ia daripada nukilan dan hasil karya Anis. Dan setiap kali membaca di rangkap akhir, saya tak lengkang menyebut TERIMA KASIH JULIET.



Setiap kali giliran saya, Alimi Wan Mahmood (Deyjay RTM) dan Abang Norhisham Mustapa (penyair tersohor dari Kelantan) cuba mengusik saya. Mereka bertanya, “SIAPA ANIS?”… dan “SIAPA JULIET?”..lalu saya nyatakan Anis dan Juliet adalah insan yang sama. Insan yang bermurah hati memberi pinjam puisi yang romantisnya kepada saya untuk dideklamasikan pada malam ini.



Selain itu, saya juga tidak pernah lupa untuk mendeklamasikan puisi ciptaan saya JIKA GUGUR AIR MATA INI dan GURINDAM IBU.



Untuk pengetahuan Anis.

Malam itu sekurang-kurangnya 20 penyair hadir. Kami mengempakkan suasana hening pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan dengan gelagat dan gaya tersendiri dalam melontarkan bait-bait puisi yang puitis. Terima kasih sekali lagi kepada Anis. Sudilah kiranya kita bertukar-tukar pendapat serta pandangan dalam menajamkan minda untuk mencerna dunia kesusasteraan.






Akhir kata, jutaan terima kasih dan assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment