Saturday, April 24, 2010

memerah keringat

Sungguh tidah ku sangka
menangis semasa bekerja
huh...bagaimana mereka boleh menahan mata
sedangkan aku dah letih tak bermaya

hebat mereka
walau tak setanging ilmu yang kalian ada
kerana mencari rezeki halal semata
sapu lantai pun tak mengapa

sungguh aku terkilan
melihat apa yang aku sendiri lakukan
takpe ini suatu pengalaman
yang mungkin tak dapat aku lupakan
bisikan hati berbicara sendiri
takpe hari ni sapu lantai
esok-esok kita duduk bersantai

tapi gembira pula
bila dapat memerah keringat yang ada
terasa seperti
Wow,aku dah dewasa rupanya
Dalam hati berkata..betul ke?
Disember tahun ni 21 kan?
wanita dah ke?
macam tak percaya...

Oh..dear...

Nukilan anis
24.4.2010
after test

OH..DEAR...LIFE TEST......


Ujian sentiasa menguji kesabaran
kadang-kadang menangis sebab dah tak tahan
mulalah air mata berlinangan
moga-moga aku sentiasa dalam kesabaran

hidup ini apakah ia sebenarnya
suka,duka,permainan dunia
hingga sukar untuk lidah memulakan bicara
kerana hati sentiasa diduga
membuatkan aku sentiasa dalam linangan air mata........

Nukilan anis
Best of my heart~

Sunday, April 11, 2010

Pada saat ini....


Pada saat ini
Tiada apa yang dapat ku ungkapkan
aku ingin sekali
melontar segala isi hati
Tapi tak terdaya oleh jasad sendiri

Pada saat ini
Aku ingin berbicara tentang soal hati
Tapi aku juga tidak mengerti
Apakah sebenarnya rahsia hati ini

Pernah sekali
Aku ingin hati ini
lenyap dari perihal soal hati
Tapi terlintas juga di kala sendiri
Oh Tuhan,tolonglah hambaMu ini

Apa yang terpendamkan
Hanya sekadar mampu kusandarkan
dengan kalimah cinta kepada Tuhan
Yang telah menciptakan
segala makhluk di dunia ini berpasang-pasangan

Seketika ,aku terjun ke dalam khayalan
mengintai rindu,menggamit secebis kebahagiaan
yang mungkin dahulu..tidak pernah terlintas di fikiran
tapi kini,aku yang mengharapkan
Oh Tuhan,hanya kepadaMu mampu ku sandarkan
kalimah cinta kepada Tuhan....

Lukisan jiwa anis
11 april 2010
3.50 pm

Saturday, April 10, 2010

biarlah..........


This biscuits is simply the best!!



tak pe
sabar je lah
biarlah orang nak mempersenda
diamkan je
tak payah nak kata apa
biasalah orang dah lebih bijak
tapi lupa ke
kepada pemilik bumi yang dipijak

biarlah
tapi sedihlah
sendirian pun masih ada yang mempersendakan
memtertawakan
baguslah macam tu
buatlah selalu..

biarlah dalam hati ini
hanya Tuhan saja yang tahu
menangis dalam sendu
diam membatu
tanpa menyesali mengapa ia berlaku
kerana ia juga adalah kurniaMu

aku akur akan kehendakMu
diuji sebegitu
mungkin sudah tertulis dalam takdirku
Hanya mampu pasrah kepadaMu..oh,..Pendampingku..

Engkau tak pernah jemu
menemaniku
aku rindu kepadaMu
Ambillah aku
pulang kepadaMu
Sungguh aku cuba bertahan atas segala dugaanMu
sehingga dihimpit malu
tetap aku biarkan saja ia berlalu

kerana aku tahu
masih ada yang sudi menghulurkan cinta padaku
yang tak tertanding oleh sesiapapun
Itulah cinta agung
yang cahayanya mengalahkan segala panggung
Itulah cinta dari yang Maha Agung

Ingin sahaja aku lari
jauh dari tempat ini
untuk memanggil namamu sekuat hati
biar terubat rindu di hati
memulihkan semangat untuk terus berdiri
dihimpit pelbagai onak duri
yang terus menerus menikam hati
sehingga aku rasa tidak terdaya lagi

tapi keranaMu
Aku ikhlaskan hati
pasrahkan diri
menerima segalanya dengan lapang hati
bagi jiwa yang bersendiri
melainkan kepada yang Maha Mengasihi

Aku akur akan kehendak illahi.....


Lukisan jiwa anis
10 april 2010
1.20 pm
at bus stop Kolej Tun Hussein Onn

Friday, April 9, 2010

aku buntu.....


Aku buntu
Bagaimana lagi untuk ku ucapkan syukur padaMu
tetap tidak akan terbalas segala kurniaMu
Betapa baiknya Engkau terhadapku

Kasih sayangMu
yang menghanyutkan hatiku
tenggelam dalam kerinduan terhadapMu
melupakan segala disekitarku

Tapi jika hidupku
akan berliku-liku
sehingga aku tidak mampu
dan tersasar daripadaMu

Engkau ambillah aku
pulang kepadaMu
oh,penciptaku

Aku tidak sanggup lagi
menanggung derita jiwa ini
ku serahkan hatiku padaMu
Perlakukanlah apa sahaja
Engkaulah yang menciptakan hati ini
Hati ini milikMu
Perasaan cinta,sayang dan rindu
juga milikMu

Janganlah Kau biarkan aku
kerana aku juga hambaMu
yang sentiasa mengharap padaMu
Biar apapun yang berlaku
Redhakanlah hatiku
atas segala ketentuanMu...

Engkaulah,Pemilik hatiku....

-Nukilan anis-
9 april 2010
5.55 pm

itulah wanita yang namanya.............



Di kala sepi menjelma
wanita ini mengadu denganNya
Melontarkan segala apa yang tersirat dalam dada
Merungkai segala badai di jiwa
Yang tak terungkap kepada siapa
hanya kepadaNya

wanita itu percaya hanya pada Dia
Dia memberi,mengasihi dan menguji
melebihi segala-galanya
wanita itu pasrah kepadaNya

Tak kan sekali wanita itu jemu meminta
kerana rahmatMu tiada batasNya
Dan wanita itu hanya mampu berdoa
Itulah rintihan hati seorang wanita
yang menderita beban di jiwa
kerana seorang hamba yang juga ciptaanNya
wanita itu berdoa

Redhakanlah hati ini
Walau apapun penghujungnya nanti
Janganlah kau biarkan luka ini
Menekan diri,merosak hati
menanti suatu yang tak pasti

Tapi mengapa wanita ini
Masih yakin pada illahi
Yang doanya pasti akan dimakbulkan nanti
Bukankah sakit bila terjadi sebaliknya nanti

Tapi mungkin wanita ini
tidak mudah mempercayai
dan sudah tiada lagi
yang kedua di dalam hati
selagi nafas tidak berhenti
selagi itulah dia menanti

Apapun yang terjadi
Biarlah hati ini
Tenggelam hanya dengan lafaz illahi
Dibasahi air mata syukur tak terperi
Diuji illahi mengasah diri
Menambah benteng kekuatan diri
Demi persiapan di hujung nanti


Seperti juga namanya
Teman setia
begitulah hatinya berbicara
Sehingga tiada yang mampu mengubah pendiriannya
hanya PenciptaNya

itulah wanita yang namanya
teman setia....

Lukisan jiwa anis,
9 april 2010
12.10pm

Wednesday, April 7, 2010

tapi ,apakah salah......

Oh,Ya Allah
ampunkan aku
sepatutnya aku hanya mengingatiMu
dan meletakkan hanya Engkau di hatiku
tapi, apakah salah perasaan itu disisiMu

adakah fitrah semulajadiku
yang diciptakan olehMu
Oh,ya Allah
Salah kah diri ini
Mengingatkan suatu yang tak pasti
yang membuatkan hati menangis di kala sendiri
Tapi tidak sekali akan ku turutkan kata hati
Menguasai jiwa,merosakkan diri
kepadaMu juga kusandarkan perasaan ini

Engkau jualah yang Maha Mengetahui
Segala apa yang tersirat di dalam hati
Yang lidah sendiri
takterungkap
Yang pena di jari
tidak berjaya merungkai rangkap
hanya mampu berdoa padaMu illahi
Di atas sejadah cinta ini.....

Lukisan jiwa anis
10.22am
8 april 2010

Monday, April 5, 2010

Ayahanda tercinta...

Ya Allah
Apakah ini ujianMu
Di saat aku sedang gentar
memegang pena menulis jawapan
menghadapi medan peperiksaan

Ku pohon padaMu
sembuhkanlah ayahku
Hilangkanlah resah di hatiku
Pengubat rindu pada ayahku

Oh ayah..
engkaulah kepercayaanku
penguatku untuk terus maju
Di saat semuanya berpaling padaku
Jangan kau pergi dulu sebelum diriku
Anakmu ingin waktu bersamamu

Sedih hati ini
Melihat sakitmu
mendengar khabarmu
Sabar ayahku
Allah bersamamu
dan anakmu sentiasa mendoakanmu

oh,ayahku
Sayangnya aku padamu
hingga aku rela ayah
jika aku yang mengganti tempatmu
untuk rasai kesakitan itu
derita itu
biar aku yang merasainya
Biar aku yang tanggung segala deritanya
Bukan dirimu
Ku kirimkan salam rindu..
buatmu ayahanda..
yang tercinta...


Nukilan hati seorang anak
kepada ayah yang terhebat di dunia...

-by anis-
2.12pm
6 april 2010

kasih sayang


Ya Allah,yang Maha Penyayang
hari yang ku lalui hari ini
juga kerana kasih sayangMu
semuanya adalah kerana keizinan daripadaMu
sifat PenyayangMu
yang menyebabkan ianya berlaku

Rasa syukur ku panjatkan padaMu
kepada pemberi segala ilham dan ilmu
yang membuatkan hati tenang dalam masa berlalu
Engkaulah,satu-satunya Penciptaku

yang memudahkan apa yang berlaku
Semoga dengan itu
Aku tambah tunduk kepadaMu
Aku tambah sujud kepadaMu
tambah akur pada segala suruhanMu
dan ikhlas semata-mata keranaMu

Tanpa mengharap apapun balasanMu
Biarpun bencana yang Engkau timpakan padaku
Izinkan aku tetap berada dalam keredhaanMu
redha dengan segala ketentuanMu
Malah gembira kerana bencana itu juga
adalah daripadaMu

Dan apa jua pun daripadaMu
ku akui adalah terbaik bagiku
Biarpun dalam nafas sendu
Akan ku ungkap rindu hanya padaMu

Oh,Penciptaku....



Nukilan anis
6.38pm
5 april 2010

Sunday, April 4, 2010

NUR ANIS BTE NORDIN: cinta

NUR ANIS BTE NORDIN: cinta
http://babygiftspecial.blogspot.com/

cinta

Cinta
Memang suatu yang aku ingin jauhi
Tapi mengapa kadang kala ianya datang menghimpit diri
Membuat fikiran melayang sendiri
Mengimpikan itu dan ini

Oh,ampunkan aku Ya Allah
Ku syukur masih ada Engkau di hatiku
Itu saja sudah cukup bagiku
siapalah aku tanpa cintaMu

Oh,Ya Allah
Ku sandarkan cintaku padaMu
ku pasrah dengan segala takdirMu
Kurniakan keredhaan di hatiku
Atas segala yang telah Engkau tetapkan bagiku
kerana ku tahu itulah yang terbaik untukku
kerana ia adalah daripadaMu


nukilan anis
6.07pm
4 april 2010

Friday, April 2, 2010

Alhamdulillah

Syukur padaMu
Dengan anugerah itu
aku tunduk sujud kepadaMu

Engkau Maha Mendengar
yang mendengar setiap rintihanku
biarpun dengan dosa yang membelenggu
Engkau tetap mendengar

Nyata sekali,Engkaulah sebaik-baik Penolongku
Tiada apapun selainMu
Engkaulah Maha Pemurah
Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Dan biarlah
Hati ini dipenuhi dengan kalimah
kalimah cintaMu hingga ke sudah

Moga cintaku kepadaMu
semakin bercambah
waktu demi waktu
biar sampai melimpah ruah
Hingga hujung waktu
aku kembali kepadaMu

Kerana hanya dengan cintaMu
yang akan membawaku
ke segenap ruang rindu
Untuk menemuiMu

Engkaulah,cintaku,hidupku dan matiku..
Selamanya.....selamanya....

Syukran...
Nukilan anis
9.13pm
2 april 2010

Pena ini..rahsia diri...

Ku biarkan pena ini
menjadi teman setia luahan hati
Menyingkap suka duka hati ini

Dialah penyimpan rahsia hati
pemilik pena ini
Yang terungkap dalam bait puisi

Patah kata ungkapan jiwa ini
menyingkap isi hati
Yang menangis sendiri..........

Hanya dengan pena ini
pemilknya berani mencurah segala isi hati
kerana meyakini
Bahawa ia tidak akan mengkhianati...
pemiliknya sendiri...


~love my pencil~
by anis for her pencil that very loyal..
4.52pm
2 april 2010

takdirku sebegini...

Ya Allah
janganlah Kau biarkan
kesedihan
kedukaan ini
Berlarutan tanpa henti
Seperti hujan yang Kau turunkan saat ini

Aku tidak akan henti-henti
Untuk meminta padaMu lagi
Dengan rintihan hati ini
Sehingga aku mati
Biarpun dengan air mata yang menitis lagi

Apakah ini Ya Allah
Adakah takdirku sebegini
Tolonglah hambaMu ini Ya Allah
Aku tak terdaya lagi.....


Luahan hati anis..
3.13pm
2 april 2010

Thursday, April 1, 2010

Surat itu

Memang
Cinta itu indah
Indahnya hingga tak terluah
Lalu dihantarnya utusan warkah
Dengan diiringi
alunan bahasa yang indah
Kepada teman yang ingin diluah

Tapi ingatlah
Ia juga boleh membawa padah
Jika niatnya bukan kerana Allah
Maafkan aku
Andai aku tidak mampu memberi jawapan padamu
Bukan aku menolakmu
Dan bukan juga aku menerimamu

Terima kasih temanku
Atas surat itu
Aku hargai keikhlasanmu
Ketulusan hatimu
Dengan niat sucimu
Salam maaf dariku
Andai dikau menunggu balasan dariku
Maaf,aku tidak mampu untuk itu

Namun,terima kasih temanku
Kerana kesudianmu meluangkan waktu
Mengutus surat itu padaku
Tidak terlintas di hatiku
Untuk menyakiti perasaanmu


Salam maaf dariku...

Jawapan anis...
8.49pm
1 april 2010