Saturday, April 10, 2010

biarlah..........


This biscuits is simply the best!!



tak pe
sabar je lah
biarlah orang nak mempersenda
diamkan je
tak payah nak kata apa
biasalah orang dah lebih bijak
tapi lupa ke
kepada pemilik bumi yang dipijak

biarlah
tapi sedihlah
sendirian pun masih ada yang mempersendakan
memtertawakan
baguslah macam tu
buatlah selalu..

biarlah dalam hati ini
hanya Tuhan saja yang tahu
menangis dalam sendu
diam membatu
tanpa menyesali mengapa ia berlaku
kerana ia juga adalah kurniaMu

aku akur akan kehendakMu
diuji sebegitu
mungkin sudah tertulis dalam takdirku
Hanya mampu pasrah kepadaMu..oh,..Pendampingku..

Engkau tak pernah jemu
menemaniku
aku rindu kepadaMu
Ambillah aku
pulang kepadaMu
Sungguh aku cuba bertahan atas segala dugaanMu
sehingga dihimpit malu
tetap aku biarkan saja ia berlalu

kerana aku tahu
masih ada yang sudi menghulurkan cinta padaku
yang tak tertanding oleh sesiapapun
Itulah cinta agung
yang cahayanya mengalahkan segala panggung
Itulah cinta dari yang Maha Agung

Ingin sahaja aku lari
jauh dari tempat ini
untuk memanggil namamu sekuat hati
biar terubat rindu di hati
memulihkan semangat untuk terus berdiri
dihimpit pelbagai onak duri
yang terus menerus menikam hati
sehingga aku rasa tidak terdaya lagi

tapi keranaMu
Aku ikhlaskan hati
pasrahkan diri
menerima segalanya dengan lapang hati
bagi jiwa yang bersendiri
melainkan kepada yang Maha Mengasihi

Aku akur akan kehendak illahi.....


Lukisan jiwa anis
10 april 2010
1.20 pm
at bus stop Kolej Tun Hussein Onn

No comments:

Post a Comment