Sunday, April 4, 2010

cinta

Cinta
Memang suatu yang aku ingin jauhi
Tapi mengapa kadang kala ianya datang menghimpit diri
Membuat fikiran melayang sendiri
Mengimpikan itu dan ini

Oh,ampunkan aku Ya Allah
Ku syukur masih ada Engkau di hatiku
Itu saja sudah cukup bagiku
siapalah aku tanpa cintaMu

Oh,Ya Allah
Ku sandarkan cintaku padaMu
ku pasrah dengan segala takdirMu
Kurniakan keredhaan di hatiku
Atas segala yang telah Engkau tetapkan bagiku
kerana ku tahu itulah yang terbaik untukku
kerana ia adalah daripadaMu


nukilan anis
6.07pm
4 april 2010

No comments:

Post a Comment