Monday, April 5, 2010

kasih sayang


Ya Allah,yang Maha Penyayang
hari yang ku lalui hari ini
juga kerana kasih sayangMu
semuanya adalah kerana keizinan daripadaMu
sifat PenyayangMu
yang menyebabkan ianya berlaku

Rasa syukur ku panjatkan padaMu
kepada pemberi segala ilham dan ilmu
yang membuatkan hati tenang dalam masa berlalu
Engkaulah,satu-satunya Penciptaku

yang memudahkan apa yang berlaku
Semoga dengan itu
Aku tambah tunduk kepadaMu
Aku tambah sujud kepadaMu
tambah akur pada segala suruhanMu
dan ikhlas semata-mata keranaMu

Tanpa mengharap apapun balasanMu
Biarpun bencana yang Engkau timpakan padaku
Izinkan aku tetap berada dalam keredhaanMu
redha dengan segala ketentuanMu
Malah gembira kerana bencana itu juga
adalah daripadaMu

Dan apa jua pun daripadaMu
ku akui adalah terbaik bagiku
Biarpun dalam nafas sendu
Akan ku ungkap rindu hanya padaMu

Oh,Penciptaku....



Nukilan anis
6.38pm
5 april 2010

No comments:

Post a Comment