Thursday, April 1, 2010

Surat itu

Memang
Cinta itu indah
Indahnya hingga tak terluah
Lalu dihantarnya utusan warkah
Dengan diiringi
alunan bahasa yang indah
Kepada teman yang ingin diluah

Tapi ingatlah
Ia juga boleh membawa padah
Jika niatnya bukan kerana Allah
Maafkan aku
Andai aku tidak mampu memberi jawapan padamu
Bukan aku menolakmu
Dan bukan juga aku menerimamu

Terima kasih temanku
Atas surat itu
Aku hargai keikhlasanmu
Ketulusan hatimu
Dengan niat sucimu
Salam maaf dariku
Andai dikau menunggu balasan dariku
Maaf,aku tidak mampu untuk itu

Namun,terima kasih temanku
Kerana kesudianmu meluangkan waktu
Mengutus surat itu padaku
Tidak terlintas di hatiku
Untuk menyakiti perasaanmu


Salam maaf dariku...

Jawapan anis...
8.49pm
1 april 2010

No comments:

Post a Comment