Saturday, May 22, 2010

Ajaib

Kadang-kadang
pada suatu masa
kita gembira
dan beberapa saat seketika
kita berduka
Bukankah hidup ini sentiasa
diuji dan diberi tanpa kita pernah menyangka
Itulah kuasa Tuhan yang Maha Pencipta
yang tidak akan sekali-kali memungkiri janjiNya

Biarpun suatu masa
kita merasa
perit derita tak terhingga
sehingga terbeban jiwa dan raga
namun pasti akan ada faedahnya
di sebalik segala yang menimpa
cuma kesabaran dan percaya serta yakin kepadaNya
Akan membuatkan kita
cekal dengan segala yang menimpa

Sungguh segala sesuatu yang terjadi itu
adalah kehendakNya
Ku doakan diriku
sentiasa dalam keredhaanNya
Bila masa aku ketawa,duka serta bahagia...

Ya Allah....
Aku menyintaiMu...
Temani aku dengan redhaMu
Bila masa aku senang
Dan bila masa aku susah
Hanya kepadaMu

Tempat luahan hatiku ..

Lukisan Jiwa,
anis~
12.30 tgh malam
22 may2010

Wednesday, May 5, 2010

walau hati ini ...berteriak…… menjerit…..memberontak…..

aku hampa dengan hidupku
tatkala segala usahaku
diduga satu persatu….
Alangkah berat ujianMu…
membuatkan aku tersungkur sujud kepadaMu…

dalam esakan air mata yang mencurah kerana pasrah..
dan yakin akan segalanya dengan tabah….
kerana ku pasti aka nada rezeki yang mencurah
tanpa disangka-sangka daripada Allah….

dan aku yakin dengan berbekalkan namaMu ya Allah….
aku mampu meneruskan langkah….
janjiMu adalah benar….pada sesiapa yang mengetahui..

Aku akan tetap bersamaMu…
walau seluruh jiwa dan ragaku…. berteriak……
menjerit…..memberontak…..
menahan segalanya di benak…..
memijak hati yang tersentak……
membuat hati berombak….
setelah ditusuk oleh todak….
aku hanya mampu mendongak memohon doa meluah sebak….
dan tetap tegap menuju puncak……....

Lukisan jiwa anis....