Sunday, June 13, 2010

Baiknya papa ,mama

Baiknya papa,mama
Papa dgn mama tetap bagi semangat dekat along
Walaupun result along ada C+
Tapi along tetap bersyukur,papa

Walau apapun along puas hati
Sebab along tak tiru orang
Terpulang pada papa dan mama menerimanya
Tapi along percaya setiap yang

Baik mahupun buruk
Pasti ada hikmahnya
Cuma kita yang kadangkala
Tergesa-gesa

Apa makna mendapat yang cemerlang
Jika semuanya atas dasar temberang
Along taknak kita hanya pentingkan yang cemerlang
Utk kepentingan dunia semata

Bukankah dunia itu tanaman-tanaman akhirat
Biarlah buah ,pokok dan rimbunan yang tercipta
Di akhirat nanti
Lebih lebat isinya

Hasil tanaman-tanaman di dunia..
Biarlah seribu ke
Berjuta ke
Manusia menghina

Manusia mencela
Aku tetap dengan peganganku
Papa mama temankan anakmu
Saat semuanya meminggirkan aku

Kerana aku tahu aku tidak perlukan semua itu
Yang hanya mahu menjatuhkan aku
Malah doronganmu
Itulah yang paling aku perlu

Untuk meneruskan perjuanganku
Biar Ilmu itu ku cedok dengan cara yang halal
Agar kelak rezeki yang ku cari
Suapan nasi yang ingin kusuapkan kepadamu

Mendapat berkat daripada Pemberi Ilmu
Itulah yang anakmu mahu
Boleh saja aku meniru
Mencuri

Jika aku mahu semua kehendakku dipenuhi
Tapi aku tidak perlu semua itu
Kerana aku tahu dan aku yakin
Dengan Pemberi Nikmat

Dan Dialah juga yang Maha Kuasa
Dalam menilai segala perbuatan hambaNya
Aku tidak kesah dicela
Aku tidak kesah dihina

BIarlah
Asalkan aku jujur dgn Penciptaku
Yang selalu memerhatikanku
Tidak kira walau aku keseorangan membisu

Melayan jiwa yang sentiasa sunyi sebenarnya
Tapi aku tahu
Ada yang menemaniku
Aku cinta padaMu

Engkau tidak pernah jemu
Menolong hambaMu ini
Biarpun bila masa hambaMu ini
Membuat itu dan ini

Yang kadang kala lidah berbicara dan hati alpa
Untuk zikir kepadaMu
Aku taubat padaMu
Engkau maha Pemaaf

Yang membuatkan aku merasakan
Betapa kerdil diriku ini
Yang kadangkala aku mungkin senang untuk mengatakan maaf pada temanku
Tapi apakah hatiku memaafkan sebagaimana aku berbicara dengan lidahku

Oh ,ya Allah….Engkau lenyapkanlah
Segala perasaan mazmumah dalam diriku
Dan Engkau semaikan dengan sifat mahmudah
Hanya kepadaMu ya Allah

Hanya kepadaMu aku berserah
Semoga aku ikhlas dengan segalanya
Dengan ibadah kepadaMu
Dengan manusia ciptaanMu

Dengan haiwan ciptaanMu
Dengan alam ciptaanMu
Akulah yang patut malu
Dengan diriku

Yang jauh kerdil berbandingMu
Semoga hatiku sentiasa dalam ikhlasku
Dalam segala perbuatanku
Inilah rintihanku
kepadaMu

Cinta sejatiku

Lukisan jiwa,
Anis
8.05pm
13 jun 2010

Friday, June 11, 2010

betapa aku hargai..


mendengar perkhabaran darimu
amatlah aku hargai
betapa lama aku menunggu
hanya Tuhan saja yang tahu
Jiwa yang resah ini

Tapi aku tidak mampu
untuk menyuarakan isi hati
terus terang ku katakan aku malu
ingin memulai bicara denganmu

Lukisan jiwa ..
anis
5.24pm
11jun2010

Thursday, June 10, 2010

apakah perasaan itu hanya suatu yang terlintas di fikiran...


Siapalah aku sehingga aku bertanya...
mengapa aku begitu setia
mengapa aku terlalu percaya
Mengapa aku terlalu menyinta

Mengapa harus aku menunggunya
mengapa bagi aku dia sentiasa
yang terbaik daripada semua
Adakah semua ini biasa
Atau adakah ini suatu yang luar biasa

Dan antara kami tiada ucapan cinta
Cuma keikhlasan di jiwa
Ingin terus membina sebuah keluarga
Bukan tiada yang meminta
Namun aku tetap setia

Adakah itu yang dinamakan benar-benar cinta
Tapi mengapa
Sedangkan kami tidak pernah bersua
Adakah mungkin kerana itu jodoh yang telah tercipta
buat kami berdua

Apapun aku pohon kepada Pemilik segala cinta..
Ya Rabb,kepadaMu jua aku serahkan segalaNya
Kerana hanya Engkau yang Maha berkuasa
dan jadikanlah aku seperti sebutir mutiara
yang kilauannya sentiasa bercahaya

Lukisan jiwa,
anis
12.34 am
11 june 2010

Thursday, June 3, 2010

syukran..dapat jua ku miliki buku idaman hati....huhu







pada 4 jun 2010..inilah buku yang telah menjadi idaman hati sebulan lebih lah
akhirnya...aku telah memilikinya..
di MPH today..
dan aku sangat gembira
Alhamdulillah..
sayang semuanya....