Friday, July 9, 2010

kata daripada hati...



Aku menulis bukan kerana nama
yang menghiasi kulit majalah.artikel dan risalah
ianya ikhlas buat pembaca setia
yang mengharap hikmah
di sebalik warkah

Aku gembira
Andai itu terlaksana
Biar nama tiada
biar tanpa glamor
aku menulis keranaNya

kerana Dia
Pemberi ilham kepada hambaNya
dalam setiap penulisannya
dalam setiap keluaran buletinnya

Sebuah kalam daripadaku untuk manusia sekitarnya
demi sebuah alam ciptaanNya
bukan nama dijulang di persada

Terimalah sebuah kata
daripada hati ini
khas buat pembaca setia
juga semua makhluk duniawi

_Jiwa ini yang sentiasa bersendiri_

Lukisan jiwa,
anis..

No comments:

Post a Comment