Monday, August 2, 2010

Ada kalanya


Dalam hidup ini
Ada kalanya kita sangat kuat
tapi ada kalanya kita sangat lemah
Dan kerana itu air mata ini
menitis sendiri
Tanpa kusedari

Kerana hanya tangisan
yang mampu mentafsirkan
Dan cukuplah sekadar tangisan
Yang jiwa ini mampu melukiskan

Kerana ada insan
yang tidak mampu mencurah isi hati
dengan lisan sendiri
Dan hanya mampu menangis sendiri

Biar hidup ini
Menjadi rahsia diri
Biarkan aku sendiri
Kerana selagi yang aku percayai

Hanya Tuhanku sebaik-baik Penolong diri ini
Ketika sendiri
Dalam kesedihan ini
Hanya kepadaMu
aku berkongsi..

Lukisan jiwa,
anis

No comments:

Post a Comment