Wednesday, August 4, 2010

Aku tidak akan kembali lagi

Kadang-kadang kita tak sangka
Orang yang kita paling sayang dalam dunia pun
Boleh pentingkan diri
Nak buat macam mana
Mungkin dah memang dunia sekarang mcm ni

Mungkin kerana sikap aku sendiri
Yang suka sangat menyendiri
Alhamdulillah
Atas segala dugaan ini
Mungkin ada hikmah suatu hari nanti

Tapi bila sesuatu di luar dugaan kita
Apa lagi yang kita nak kata
Sabar je ler
Nak wat mcm mana
Kita takde kuasa

Tapi hati wanita mudah terluka
Cuma tak ternyata
Di wajahnya
Meskipun hidup tak seindah cinta bidadari bidadara
Dia tetap dalam kesabarannya

Mengharungi segalanya
Sehingga terbeban di jiwa
Bertakung di mata
Itulah luahan jiwanya

Aku tak pernah merasai perasaan ini
Tapi yelah kalau balik pun jarang sekali
Dan bila nak balik pun ada halangan itu ini
Tak ke terguris juga perasaan hati

Memang mulut sentiasa terkunci
Tapi fahamlah perasaan anakmu ini
Tolonglah jangan buat begini
Anakmu bukan kecil lagi

Sudah dewasa dan matang berfikir lagi
Janganlah beri jawapan yang anakmu boleh mencari
jalan lain yang lebih baik lagi
Dan jangan pula memanggil anakmu dengan “kau”

Aku tak suka sangat perkataan tu
Paling aku benci
Paling aku benci
Paling aku benci

Dan luahan ini hanya dalam khayalan mimpi
Tidak pernah terlukis dalam realiti
Kerana aku lebih senang hidup dalam fantasi
Dengan pelakon dan pentas sendiri

Melakarkan lukisan jiwa ini
Dalam air mata ini
Menunggu waktu untuk terus pergi
Pergi jauh dari sini

Ke tempat yang aku sendiri tak pasti
Tapi bila tiba ke destinasi
Aku tidak akan kembali lagi
Meninggalkan semuanya dan pergi

Pergi
Pergi
Pergi

Jauh dari sini
Jauh dari sini
Jauh dari sini

Lukisan jiwa,
anis..
11.50pm
Wednesday
4.8.2010

No comments:

Post a Comment