Tuesday, September 28, 2010

Aku,Cinderella dan fantasi







Aku,Cinderella dan fantasi
Cukup indah kisah ini
Dibuai mimpi rekaan sendiri
yang aku tahu tidak akan menjadi realiti
tapi aku senang dengan fantasi
kerana aku,cinderella dan fantasi
membuatkan hidup ini
dapat mengukir senyuman di wajah ini

yang disebaliknya
tersirat sepasang anak mata
dengan kolam air mata
yang tidak akan pernah kering selamanya

Masih sendiri
di sini
ku pasrah
ianya ujian buat diri
banyak tetamu tanpa diundang
tapi biarlah
aku dengan hidupku
malayari liku-liku
dengan dunia ciptaan fantasiku
cerita dongeng Cinderellaku
yang menjadi impianku
Hingga sampai saat itu
aku kembali kepadaMu

Masih Sendiri
dan takkan pernah terjawab
segala persoalan yang terungkap
siapa pencinta sejati
yang tegar dan tidak akan
pernah berundur diri
walau dia mungkin tidak kan menemukan
apa yang dicari

kerana cinta itu tak dapat dipaksa
walau kerana engkau menhampiri segala sempurna
kerana cinta bukan boneka
yang hanya mainan semata
tetapi ia lambang penyatuan dua jiwa
yang sentiasa akan teguh bersama
walau sederas mana arus melanda
ia akan tetap kukuh berpaut dgn kekuatan cinta dua jiwa

Demi cinta suci
Ku hiasi diri
dengan duri setajam pandangan mata ini
jangan cuba kau dekati

Biarkan aku sendiri
aku dan fantasi
aku,cinderella dan fantasi
aku,cinderella dan fantasi
aku,cinderella dan fantasi

aku rela
bersendiri
hingga sampai suara illahi
untuk menjemputku nanti
di sana nanti
aku bidadari
menunggu wildan di syurga nanti
Itulah namanya teman sejati
bukan kepura-puraan lagi
tiada keraguan lagi
Hidup dgn fantasi yang abadi
aku,cinderella dan fantasi
cukup indah sekali.
Bahagianya diri ini.

itulah sebenarnya lukisan jiwa ini,
dalam impian aku,cinderella dan fantasi,
NUR ANIS BTE NORDIN

No comments:

Post a Comment