Wednesday, September 22, 2010

Hanya zikir itu..

Pagi sangat indah
Tapi malangnya hatiku gundah
Tapi dengan zikir kepada Allah
Semuanya pati berubah

Hati jadi indah
Bibir tesenyum manis
Wajah berseri-seri
Seperti bidadari turun ke bumi

Mencari teman sejati
Dengan tulus dan suci
Tanpa balasan daripada diri
Dia tetap menanti

Aku suka dengan dirinya
Walaupun tiada lafaz cinta antara kita
Tapi takdir jodoh tiada
Orang lain dinikahinya
Sudahlah,aku tak mahu bersedih kerananya

Tapi satu pesanku padamu
Jangan pernah beri harapan
Seperti ingin tapi tak ingin
Kerana ianya hanya akan melukakan
hati insan lain
aku tabah menghadapinya
dan ikhlas aku doakan
Pernikahanmu berkekalan selamanya

Dalam diam aku sedar
Aku mencintainya
Kerana akhlaknya
kerana agamanya

Teman-teman sekitarku,
adikku tiya,
pengubat jiwa
Terima kasih untuk selamanya
aku jadi bangkit semula

Meneruskan usaha
Supaya impian menjadi nyata
Moga akhirnya
aku berjumpa
Dengan teman sejati yang setia

Lukisan jiwa,
NUR ANIS BTE NORDIN

No comments:

Post a Comment