Tuesday, September 28, 2010

Itulah yang namanya pemuda




Wahai pemuda
anak desa
mahupun kota
tolonglah jangan alpa
Bangunlah daripada mimpi lena
Kerana dunia tunggaknya pemuda
memegang tampok pemerintahan negara
mencipta arus wawasan bangsa
melayarkannya dengan gah bernakhoda
ke arah cahaya nun di hujung sana
menanti saat gemilang tiba
Bukan menerima semata-mata"Yes Sir"
bukan menjadi seperti lembu dicucuk hidungnya
tetapi tetap dengan pendiriannya
yang menjadi pembangkit semangat bangsa


Itulah yang namanya pemuda
,
Lukisan jiwa,
Anis dgn dunia fantasinya

No comments:

Post a Comment