Friday, October 1, 2010

aku ingin saat itu

Ya Allah,
Beratnya ujian Mu kali ini
Sehinggakan aku menangis tiada henti

Ya Allah,
benar kini,
Dan tiada sangsi lagi
Aku ingin pergi,
Dari melalui hari hari begini

Aku tak mampu bertahan lagi
Aku lemah
Tolonglah aku Ya Allah
Berikanlah aku walau secebis kekuatan
untuk sebuah perjuangan

Aku tak sangka jadi begini
Tapi memang ini realiti
Bukan drama
Atau sketsa TV

Itulah isi
Aku,Cinderella dan fantasi

Aku fikir
novel cinta bacaanku
hanya mainan minda
Ternyata
ianya suatu kenyataan
yang tak perlukan pertanyaan

Cukup sekadar mainan
Ya Allah,
jika aku terus begini
Engkau ambillah diri ini
Ampunkan segala dosaku

Dunia ini tiada faedah bagiku
Terimalah segala amalanku
Ampunkan aku
Aku ingin bersama jasad ibuku
Sudah lama aku rindu
Wajah ibuku
Biarlah aku pergi dahulu
Sebelum jiwa ini
melakar lukisan dahulu

Sambutlah aku
Bila aku memerlukanMu
Saat aku
hampa dan pilu
aku tahu Engkau bersamaku
Perjuanganku belum selesai
tidak boleh ku tinggalkan
Tapi sudah hilang kekuatan


Ya Allah
Letakkan aku dalam keredhaan
Ampunkan aku
Aku mesti gembira kerana ianya daripadaMu
Tapi aku tidak mencapai tahap itu
Ampunkan aku

Lukisan jiwa yang takkan baru,
anis

No comments:

Post a Comment