Sunday, October 31, 2010

Aku,dia dan Klang Central..


TUDUNG NI??hehe...


Khas untuk pengantin baru..TAHNIAH..


Pada 31 Oktober 2010,aku bangun awal pagi dan bersiap untuk ke Klang Central semata-mata untuk memberi hadiah perkahwinan kepada seseorang.

Begitu juha untuk menemani rakan aku menziarahi rakannya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Aku tiba di Klang Central lebih kurang jam 3 petang dan setiba di sana,aku dan Amira solat dahulu.sejurus itu aku memaklumkan ketibaan aku kepadanya.

Pada jam lebih kurang 4.10 petang,kami pun berjumpa, di sampingnya terdapat ibu beliau.Aku minta maaf andai tidak dapat bersalaman dengan ibumu,aku takut sebenarnya.
Dan aku tidak mahu salah faham berlaku.
Tidak mengapa,biarlah.
Aku pun mesti meneruskan perjuangan aku di sini.

Terkilan juga aku akan pertemuan kali ini,yang merupakan kali pertama dan terakhir.

Terima kasih atas ked jemputan dan sebuah buku.
Andai itu takdirnya,aku redha dengan segalanya.

kISAH INI SAMA JE MACAM SALAH SATU NOVEL YANG AKU PERNAH BACA..tapi takpe aku sekarang nak baca novel "Akukah Cinderella Itu".
Aku harap akulah Cinderella itu...=)

Aku cuba menahan sebak di dada,
tetapi terlerai juga sepanjang perjalanan pulang.

Tidak mengapa,takdir Tuhan meletakkan aku dalam situasi begini.
Aku dan Amira bertolak semula ke Sri Putri,Johor pada jam lebih kurang 9 malam.
Walaupun aku pulang dengan perasaan hampa,aku bersyukur,sekurang-kurangnya aku dapat juga bertemu dengannya.

Syukur Alhamdulillah,aku dan Amira selamat pergi dan pulang.

Tapi sayang ,hanyalah impian,bulan tak bisa tunggu di taman..

No comments:

Post a Comment