Monday, October 4, 2010

Andai ini kehendakMu..




ya Allah,
Andai ini kehendakMu
letakkan hatiku dalam keredhaanMu
Jadikan aku

Lebih dekat kepadaMu
dengan segala ujianMU
Kau berilah kekuatan pada diriku
Kau kembalikan segala senyuman
tawa dan ceria
yang pernah aku miliki
suatu ketika dahulu

yang kini telah lenyap
dalam pandangan jiwa
yang menyeksakan

Hanya satu yang ku pinta
Ya Allah,
Tolong berikan aku bahagia
Di dunia dan
Di akhirat sana

Jadikan titisan air mata ini
yang terakhir
dan pergi bersama nostalgik
yang menyeksa dan tragik

aku tidak perlu cerita dewi dewa
tapi aku perlu
cinta yang tulus setia
daripada insan yang ikhlas
menghulurkan cinta
semata-mata kerana Dia

Mencintai kerana
Maha Pencipta
dan tidak terlintas
kerana luaran yang ada
dalam hari-hariku
yang penuh liku

malah akan tetap bersamaku
dalam perjuanaganku
itulah selayaknya
yang dinamakan
cinta sejati
pilihan nurani.

No comments:

Post a Comment