Monday, October 4, 2010

Maafkan aku pena ..


Maafkan aku pena
Mungkin dikau bosan melihat coretanku
setiap kali aku mendekatimu
Tapi hanya itu yang aku mampu
Maafkan aku
Andai kata hidup ini masih lagi sebegitu

Menulis cerita ini
Di lembaran yang sama tiap hari
Bukan aku yang mengingini
Tapi tulisan ini
Adalah lukisan jiwa diri
Yang tak mampu aku ubah lagi

Aku cuba bertahan
Sampai saat ini
Tapi air mata tetap jatuh berderai

Mencuba
Membebaskan diri
Daripada perasaan
yang membelenggu diri

Cuba meneruskan kehidupan
Tapi tiba suatu saat
Air mata terjatuh sendiri
Tanpa ku sedari
Itu yang membuatkan aku
Lemah untuk berdiri

Sering kali
Aku menipu diri
Aku kuat untuk bertahan
Dan meneruskan perjuangan

Tapi memang hidup tak selalunya indah
Dan memang sepi itu bukan selalunya indah
Dan tidak pernah indah

kepadaMu ya Allah
aku berserah

Lukisan jiwa,
NUR ANIS BTE NORDIN
9.30 PM
4 OKTOBER 2010

No comments:

Post a Comment