Sunday, January 30, 2011

Cinta Sakti

Mimpi itu datang lagi
Dan ianya amat indah sekali
Membuatkan jiwa berwarna-warni
Bagai dongeng cinta abadi

Kisah cinta
putera dan puteri
Yang dalam diamnya saling mencintai
Tapi mana mungkin
Meluahkan isi hati
Kerana hati ini
Hanya untuk cinta sakti
Cinta yang tidak akan pernah menyakiti
Itulah kuasa dari yang Abadi

Tapi mimpi itu juga
menduga hati dan matanya
dengan khayalan dunia
yang indah-indah dan nyata

Dan pada saat mimpi itu datang lagi
jangan pernah kita manusiawi
menenggelamkan diri
hingga lupa zikir di hati

Kerana cinta dari yang Abadi
Jauh lebih suci
Tulus dan Sakti
yang menjadi perisai diri


By,
NUR ANIS BTE NORDIN

No comments:

Post a Comment