Tuesday, February 8, 2011

Apakah masih ada cahaya???







hidup ini indah
tapi di hatinya
gundah
pasrah
kerana yang indah itu
bukan apa yang dimahu

tapi hatinya
tidak patut berasa begitu
tapi kadangkala
menjelma rasa benci itu
bagai syaitan membisik kata
meluap-luap api dendam tercipta

tapi iman di hatinya
cuba menangkis segala bisikan kata
hingga menitis air mata
bilakah akan akhirnya derita??



kerana aku tidak bisa mengungkapkan derita
dengan kata-kata

kerana bukan aku
peluah derita kepada mereka
aku hanya ada Dia
yang bisa memahami aku
yang bisa mendengari aku
yang bisa memujuk aku
yang bisa menenangkan aku


Semua teman yang ada
tidak bisa untuk aku kongsikan segalanya
kerana bukan aku
untuk meluah kata derita
yang hanya menyeksa jiwa

aku lebih memilih
berbicara denganNya
kerana hanya dia yang aku percaya
dan Dia tidak pernah sama
dengan yang lainnya

Maaf jika aku tak bisa padamkan semuanya
kata dusta daripada dia
hanya kerana perwatakannya
aku jadi menyalahkan semua

Oh,Ya Allah...Apakah masih ada cahaya???






Lukisan jiwa,
NUR ANIS BTE NORDIN

No comments:

Post a Comment