Wednesday, July 27, 2016

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu

Dah almost 2 tahun I kahwin ni,

Niat di hati dah ready nak ada baby,

Ya Allah kurniakanlah aku rezeki,

Kerana aku mahu ada yang mewarisi,

Kegemilangan dan kurniaan hebat yang Engkau beri.

Ya Allah,

Hanya engkau yang mampu membuat semua ini terjadi,

Dan JanjiMu itu pasti,

Dan aku juga akan terus memperbaiki diri,

Untuk menjadi ibu yang boleh diteladani.

Namun,

Andai itu takdirnya,

Redha diri ini menjadi dindingnya,

Semoga ada hikmah di sebalik setiap satunya,

Aku hanyalah hamba yang hina,

Yang mengharapkan keampunanNya,

Entah mungkin karena ku terlena,

Dalam fitrahku sebagai manusia.

Ya Allah

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…

Dan hanya kepada Engkau jua,

Tempat aku mengadu,

Mengubat duka dan luka,

Kerana aku percaya dan yakin pada setiap janjiMu.

:)

No comments:

Post a Comment